Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Bunga Citra Lestari Nafi Hamil, Minta Orang Ramai Henti Buat Spekulasi - “Saya Berusia 43 Tahun Yang Mengalami Perut…”

Bunga Citra Lestari Nafi Hamil, Minta Orang Ramai Henti Buat Spekulasi - “Saya Berusia 43 Tahun Yang Mengalami Perut…”

Sekilas

  • Bunga Citra Lestari (BCL) menafikan dakwaan di media sosial yang mengatakan dia sedang hamil.
  • BCL menjelaskan perut buncitnya disebabkan masalah kembung ketika haid dan sudut kamera yang mengelirukan.
  • Dia turut berkongsi bahawa dakwaan hamil bukan perkara baru dan menegaskan ia adalah perkara biasa bagi wanita mengalami perut kembung.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menepis spekulasi di media sosial yang mengatakan dirinya kini sedang berbadan dua

Menerusi perkongsian di Threads, BCL menjelaskan bahawa bentuk perutnya yang kelihatan buncit bukanlah kerana dia hamil tetapi merupakan masalah kembung sewaktu mengalami haid.

Advertisement

“Saya dengar ada beberapa akaun yang mengatakan saya sedang hamil. Untuk makluman, saya tidak hamil.

“Saya hanyalah manusia biasa berusia 43 tahun yang mengalami perut kembung ketika datang haid.

“Kadangkala, sudut kamera juga boleh membuatkan perut saya kelihatan lebih buncit. Jadi, boleh tak berhenti membuat andaian?” tulisnya di Threads.

Advertisement

Berkongsi lanjut, BCL memaklumkan bahawa dakwaan dirinya hamil bukanlah sesuatu yang baharu bahkan sering diperkatakan orang ramai sebelum ini.

“Ini bukan kali pertama saya dikatakan hamil.

“Saya rasa tiada apa yang salah jika pada waktu tertentu, wanita mengalami perut kembung sehingga kelihatan lebih buncit daripada biasa,” ujarnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement