Skip to main content

Hiburan

Cardi B Ucap Masya Allah Lepas Cipta Sejarah Rapper Wanita Pertama Hiasi Kulit Vogue Arabia

Cardi B Ucap Masya Allah Lepas Cipta Sejarah Rapper Wanita Pertama Hiasi Kulit Vogue Arabia

Sekilas

  • Cardi B menjadi rapper wanita pertama yang menghiasi kulit Vogue Arabia dengan penampilan mewah dan elegan dalam sesi pemotretan terbaru.
  • Dia mendapat pujian kerana menghormati budaya Islam dengan menggunakan ucapan seperti "Assalamualaikum" dan "Masya Allah" serta memakai abaya dan hijab ketika berada di Arab Saudi.
  • Dalam temu bual bersama Vogue Arabia, Cardi B berkongsi tentang perkembangan kerjaya, inspirasi muzik, serta cabaran mengimbangi kehidupan sebagai ibu dan selebriti.
Advertisement

Penyanyi terkenal, Cardi B sekali lagi mencuri tumpuan peminat apabila mencipta sejarah muncul sebagai rapper wanita pertama menghiasi kulit atau sampul majalah berprestij, Vogur versi Arab iaitu Vogue Arabia.

Hal yang mencuri tumpuan bukan hanya kepada penampilan wanita berusia 33 tahun itu dibaluti rekaan mewah pereka dunia tetapi bagaimana majalah tersebut memperkenalkan Cardi B pada sesi pemotretan tersebut.

Advertisement

Majalah tersebut menulis: ‘Assalamulaikum, Cardi B: Glorius Fall Fashion, Statement Coats, Couture, and High Jewelerry’. Cardi B duduk di atas sebuah kursi dengan penampilan yang sangat elegan.

Apa yang menariknya, cara Cardi B membalas ‘penampilan’ di sampul majalah tersebut.

“Masya Allah, semuanya,” tulis penyanyi itu sambol menyifatkan ia sebagai sesi pemotretan dan temu bual yang cukup indah.

Ironi, ini bukan pertama kali Cardi B menimbulkan keghairahan dengan penggunaan kalimat yang digunakan umat Islam.

Sebelum ini, dia  pernah mencuri perhatian ketika berada di Riyadh, Arab Saudi pada Disember 2025 apabila menyapa peminat dengan ucapan “Assalamu alaikum” dan beberapa kali menyebut “Masya-Allah” ketika memuji negara tersebut.

Dia turut pernah bergurau mengatakan Halal B untuk dirinya sendiri serta tampil mengenakan abaya dan hijab ketika berada di sana.

Momen berkenaan mendapat sambutan positif daripada ramai peminat di rantau tersebut, sehingga media Arab turut menyifatkan Cardi B sebagai antara selebriti Barat yang begitu terbuka menghargai budaya tempatan. 

Penyanyi itu malah pernah melahirkan kekaguman buat umat Islam yang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Sementara itu, sepanjang sesi fotografi, Cardi B menyarungkan koleksi couture daripada nama-nama besar serantau dan antarabangsa termasuk pereka dari Lubnan, Georges Hobeika, serta couturier India, Rahul Mishra. Turut melengkapkan penampilannya dari rekaan daripada Loewe, Alaïa, Richard Quinn dan Saint Laurent.

Dalam temu bual bersama penerbitan berkenaan, bintang kelahiran Bronx itu berkongsi mengenai perkembangan dirinya sebagai seorang artis, minat mendalam terhadap fesyen serta cabaran mengimbangi kehidupan sebagai bintang dengan kehidupan peribadi.

Mengulas single terbaharunya, AH HA, Cardi turut berkongsi mengenai inspirasi kreatif di sebalik muzik yang dihasilkannya ketika ini.

Tidak ketinggalan, penyanyi itu secara terbuka menyentuh mengenai pengaruh kehidupan sebagai seorang ibu terhadap keputusan kerjayanya. Dia menjelaskan tentang pengorbanan serta batasan yang tidak boleh dikompromi demi membesarkan anak-anak, dalam masa sama menguruskan empayar perniagaan dan jadual jelajah dunia yang padat.

Cardi turut membuka mulut mengenai spekulasi media berkaitan kehidupan peribadinya selepas perceraian, termasuk khabar angin yang mengaitkannya dengan bintang bola sepak Nigeria, Maduka Okoye.

Secara berterus terang, dia menegaskan fokusnya kini adalah terhadap kebebasan diri, kuasa menentukan hala tuju seninya sendiri serta mengembangkan empayar jenamanya ke dalam sektor kecantikan dan gaya hidup.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement