Skip to main content

Hiburan

Catat Keuntungan ‘Besar’, Khairul Aming Boleh Tidur 30 Minit Saja - “Muka KA Macam…”

Menerusi perkongsian di Threads, Khairul Aming berkata dia tidak dapat melelapkan mata sehingga subuh selepas selesai acara pelancaran berkenaan.

Sekilas

  • Khairul Aming hanya tidur selama 30 minit selepas mencatat rekod jualan RM2 juta dalam tempoh kurang dua minit semasa pelancaran Sambal Nyet Bilis di TikTok Live.
  • Produk Sambal Nyet Bilis habis terjual dalam kira-kira satu minit dengan hampir 400,000 penonton menyaksikan sesi siaran langsung di Menara Merdeka Maybank.
  • Kejayaan ini memecahkan rekod peribadi Khairul Aming dan menunjukkan pengaruh besar pencipta kandungan dalam perniagaan digital.
Advertisement

Selepas mencatat rekod baharu dalam hasil jualan Sambal Nyet Bilis, usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming berkongsi hanya sempat tidur selama 30 minit sahaja.

Menerusi perkongsian di Threads, Khairul Aming berkata dia tidak dapat melelapkan mata sehingga subuh selepas selesai acara pelancaran berkenaan.

Advertisement

“Lepas habis product launch semalam, sampai subuh tak boleh tidur. Sempatlah terlelap kejap 15 minit pagi tadi. Petang tadi pula nap 15 minit. Jadi total tidur 30 minit hari ini.

“Kesian customers Rembayung tadi tengok muka KA macam tapai dah,” selorohnya.

Bagaimanapun, Khairul Aming yang mesra disapa sebagai KA menarik nafas lega apabila dapat kembali berehat seperti biasa.

“Akhirnya boleh start rehat balik hari ini. It’s time to get a good sleep and recover balik. Thank you guys,” katanya.


 

Terdahulu, Khairul Aming mencatatkan jualan sebanyak RM2 juta dalam tempoh kurang dua minit menerusi platform TikTok ketika melancarkan produk terbaharunya.

Pencapaian tersebut dikongsikan menerusi sesi TikTok Live di akaun TikTok Shop Malaysia yang berlangsung dari Menara Merdeka Maybank, sebelum ini dikenali sebagai Merdeka 118, yang menjadi lokasi pelancaran produk berkenaan.

Lebih mengejutkan, Sambal Nyet Bilis dilaporkan habis terjual dalam tempoh kira-kira satu minit, manakala sesi siaran langsung berkenaan berjaya menarik hampir 400,000 penonton.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan ketara berbanding kira-kira 100,000 penonton yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Kejayaan berkenaan turut memecahkan rekod jualan peribadi Khairul Aming dan membuktikan pengaruh besar pencipta kandungan dalam mengembangkan perniagaan menerusi platform digital.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement