Skip to main content

Hiburan

Ceddy Ang Jadikan Kes Rocky Pengajaran, Lebih Berhati-Hati Sebelum Buat Kesimpulan Di Media Sosial - “Jangan Terlalu Beremosi & Terus Komen…”

Ceddy Ang Jadikan Kes Rocky Pengajaran, Lebih Berhati-Hati Sebelum Buat Kesimpulan Di Media Sosial - “Jangan Terlalu Beremosi & Terus Komen…”

Sekilas

  • Ceddy Ang kini lebih berhati-hati dalam memberi pandangan di media sosial selepas kontroversi kematian anjing Rocky menjadi pengajaran kepadanya.
  • Beliau menegaskan pentingnya untuk tidak terlalu beremosi dan mengelak daripada terlibat dalam provokasi atau pergaduhan di platform seperti Threads.
  • Ceddy juga berkongsi pengalamannya yang pernah suka melayan provokasi, namun kini memilih untuk menyekat atau mute pengguna yang mencetuskan konflik demi menjaga ketenangan diri.
Advertisement

Pempengaruh media sosial dan penyanyi, Ceddy Ang mengakui dirinya kini lebih berhati-hati dalam memberikan pandangan mengenai sesuatu isu yang berlaku di media sosial.

Menurut Ceddy, kontroversi yang melibatkan beberapa pempengaruh mengenai isi kematian seekor anjing yang bernama Rocky baru-baru ini menjadi pengajaran buat dirinya untuk tidak mudah terbawa-bawa dengan emosi sebelum membuat sebarang kesimpulan di media sosial.

Advertisement

“Kalau ada kes seperti itu pada masa hadapan, jangan terlalu beremosi dan terus masuk campur untuk komen sebab kita tidak tahu kesannya bagaimana.

“Saya pun jenis cepat beremosi, kalau nampak sesuatu kes memang rasa nak masuk campur. Tapi kadang-kadang lebih baik kita pilih untuk bertenang dahulu,” katanya kepada Gempak.

Ceddy berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharu penyanyi, Syasya Rizal yang berjudul Different, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Asal Ada Kamu ini turut berpendapat bahawa budaya provokasi di media sosial sejak akhir-akhir ini semakin membimbangkan apabila ada segelintir pengguna sengaja mencetuskan kemarahan dan pertengkaran.

Katanya, situasi itu dapat dilihat dengan jelas menerusi platform seperti Threads yang kini menjadi antara medium pengguna meluahkan pandangan.

“Sekarang ini, kalau kita tengok Threads contohnya, orang masuk bukan nak berbincang tetapi nak bergaduh sahaja.

“Bagi saya, kalau boleh saya hanya akan hantar apa yang saya rasa perlu. Saya tidak mahu terus sertai rage bait atau bergaduh-gaduh. Ia sangat memberikan tekanan sekarang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ceddy mengakui dirinya juga pernah gemar melayan individu yang cuba mencetuskan pergaduhan dengannya di media sosial.

Namun, pengalaman tersebut membuatkan dia mengubah pendekatan dan memilih untuk tidak lagi melayan provokasi.

“Dulu, saya memang kaki gaduh. Kalau orang ajak bergaduh, saya akan teruskan perang

“Tapi lama-kelamaan saya sedar, orang yang suka bergaduh ini mungkin ada trauma atau isu sendiri yang belum selesai dan perkara itu perlu mereka hadapi dengan pakar terapi.

“Kalau dia nak marah, saya kena telan. Kalau saya tidak boleh tahan, saya akan sekat atau mute daripada semua orang.

“Sebab itu hantaran saya sekarang hanya pengikut sahaja boleh komen. Kalau nak troll saya pun, sekurang-kurangnya ikutlah saya dan tambah sedikit jumlah pengikut,”kongsinya.

Terdahulu, media melaporkan beberapa pempengaruh sedang dikenal pasti untuk dikenakan tindakan sivil selepas didakwa memfitnah seorang penghantar makanan yang terlibat dalam penangkapan anjing liar dikenali sebagai Rocky.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dilaporkan berkata, individu terbabit dipercayai membuat hantaran yang mengaibkan sehingga mendatangkan ancaman kepada Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement