Skip to main content

Hiburan

"Cerita Yang Kami Lakonkan Adalah Untuk Memberi Pengajaran Kepada Masyarakat” - Marissa Yasmin

Astro Gempak 259

Sekilas

  • Pelakon senior Marissa Yasmin menjelaskan babak 'imam wanita' dalam siri Walid bukan untuk memesongkan akidah, tetapi memberi pengajaran dan kesedaran kepada penonton.
  • Marissa menasihati penonton supaya tidak mudah menghukum hanya berdasarkan klip pendek di media sosial tanpa memahami keseluruhan cerita dan mesej tersirat.
  • Siri Walid, terbitan Rumah Karya Citra dan tayangan eksklusif di Viu bermula 26 Februari 2026, menggabungkan semula pencipta dan pengarah yang pernah berjaya dengan Bidaah.

Pelakon senior, Marissa Yasmin tampil mengulas mengenai babak menjadi 'imam wanita' di siri Walid.

Menurut Marissa, tujuan babak seperti mengimamkan jemaah tersebut bukan untuk memesongkan akidah umat Islam, sebaliknya memberi pengajaran serta kesedaran kepada penonton.

“Kalau teaser itu (babak Ummi imamkan), ya sudah keluar. Orang dah macam ‘mana ada perempuan nak imamkan lelaki’.

“Ya, memang perkara itu ada berlaku. Tetapi bagi Marissa, sebelum buat cerita itu dan ketika membaca skrip, Marissa jenis yang akan kata ‘Ya Allah Ya Tuhanku, ampunlah’ terlebih dahulu untuk apa sahaja watak yang Marissa kena buat.

“Tujuannya bukan untuk memesongkan akidah umat Islam tetapi untuk memberi pengajaran dan membuka mata masyarakat.

“Dalam situasi tertentu mungkin akan ada sosok manusia seperti Ummi Hafizah. Dalam cerita Walid ini, kenapa dia jadi begitu adalah untuk membuka mata penonton.

“Kalau ada perempuan mengimamkan muslimin dan muslimat dalam satu solat, hati-hati kerana itu perkara yang salah,” jelasnya.

Dalam masa sama, Marissa turut menasihati penonton supaya tidak mudah menghukum hanya dengan menonton klip pendek di media sosial tanpa memahami keseluruhan cerita.

“Saya baru sembang perkara ini masa buat siaran langsung. Kepada penonton di luar sana, sama ada yang menonton penuh dari awal sampai habis atau hanya tengok keratan di media sosial, tolong buka hati dan minda.

“Jangan sekat diri kerana cerita yang kami lakonkan adalah untuk memberi pengajaran kepada masyarakat.

“Perkara yang dipaparkan dalam drama ini pernah berlaku dan mungkin masih berlaku sekarang,” ujarnya.

Menurutnya, penonton perlu memahami maksud tersirat yang cuba disampaikan dalam setiap babak.

“Kalau tengok tetapi tutup hati dan minda, memang tak boleh terima apa yang kami cuba sampaikan.

“Tetapi kalau buka hati dan minda serta faham maksud tersirat, anda akan faham mesej yang cuba disampaikan.

“Secara keseluruhannya, bukan tujuan kami memaparkan drama sebegini untuk menyesatkan penonton,” katanya.

Mengikuti kejayaan besar Bidaah tahun lalu, siri siri Viu Original Walid (Heaven’s Reign) 12 episod terbitan Rumah Karya Citra itu ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman berkenaan bermula 26 Februari 2026.

Siri tersebut turut menggabungkan semula pencipta dan penulis skrip Erma Fatima serta pengarah Pali Yahya yang sebelum ini mencipta fenomena menerusi Bidaah.

Anda mungkin berminat dengan

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Must Watch Video

Advertisement