Skip to main content

Hiburan

Chazynash Luah Rasa Syukur, Kongsi Foto Bersama Anak & Isteri Baharu - “Kami Hargai Setiap Doa”

Chazynash

Sekilas

  • Chazynash berkongsi momen mesra bersama isteri baru, Siti Rosly, dan tiga anaknya selepas majlis pernikahan mereka di Pulau Pinang.
  • Dalam kapsyen, Chazynash meluahkan rasa syukur dan menghargai doa serta ucapan baik daripada peminat.
  • Chazynash pernah berkahwin dengan Fatin Morat pada 2014 dan bercerai secara baik pada Januari 2025, hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak perempuan.

Perkongsian terbaharu pempengaruh, Chazynash di TikTok telah menyorot perhatian warganet.

Menerusi perkongsian dibuat, Chazy atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah dilihat memuat naik beberapa foto memaparkan momen mesra bersama isteri dan tiga anaknya.

Difahamkan, gambar tersebut ditangkap usai pernikahannya bersama isteri yang dikenali sebagai Siti Rosly.

Menerusi ruangan kapsyen, pempengaruh berusia 37 tahun ini meluahkan rasa syukur kerana dapat meneruskan hari-hari bersama orang yang tersayang.

“Satu chapter baharu, bersama insan-insan yang paling bermakna.

“Bersyukur untuk apa yang dilalui hari ini, dengan penuh harapan untuk esok hari.

“Buat anda semua, kami sangat menghargai setiap doa serta ucapan yang baik buat kami,” kongsinya.

Terdahulu, Chazynash dan Siti selamag diijabkabulkan dalam satu majlis yang diadakan di Eastern & Oriental, Pulau Pinang pada Khamis.

Untuk rekod, Chazynah pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 beraama pempengaruh, Fatin Morat sebelum bercerai secara baik pada 23 Januari 2025. 

Chazynash hanya mengesahkan perceraian mereka pada Mei 2025 setelah timbul spekulasi netizen.

Menurut Chazynash, dia menyifatkan perpisahan yang berpunca daripada kesilapannya itu sebagai satu keputusan yang dipersetujui bersama.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 3 orang anak perempuan. 

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement