Sekilas
- Cik Bunga berkongsi berita anaknya disahkan menghidap autisme tahap dua selepas pemeriksaan doktor.
- Dia menerima keputusan itu dengan reda dan memohon doa agar diberi kekuatan menghadapi ujian tersebut.
- Selain itu, Cik Bunga turut mendedahkan konflik rumah tangganya dengan suami, Bengah, yang didakwa memburukkan namanya di media sosial.
Pempengaruh media sosial, Cik Bunga menyorot perhatian apabila berkongsi mengenai anaknya yang disahkan menghidap autisme tahap dua.
Menerusi Threads, Cik Bunga dilihat memuat naik foto dirinya dan anak usai pemeriksaan bersama doktor.
“Masya-Allah hari ini LZ (anak) ada appointment dengan Dr. Sarah.
“LZ telah disahkan autisme tahap dua,” kongsinya.
Walau bagaimanapun, Cik Bunga memaklumkan dia reda dengan keputusan itu dan meminta orang ramai mendoakannya agar diberi kekuatan.
“Allah hadiahkan amanah yang paling berharga buat saya.
“Doakan saya dan anak syurga saya,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan kata-kata semangat buat Cik Bunga agar pempengaruh itu kuat dengan dugaan yang dihadapinya.
Terdahulu, Cik Bunga atau Nur Mahfuzah Zulkifli menyorot perhatian apabila memuat naik beberapa hantaran dan seakan memberi bayangan rumah tangganya bersama Bengah atau nama lengkapnya Hammad Zamakhashari Mohd Noor sedang bergolak.
Dakwa Cik Bunga, Bengah telah bertindak memburukkan namanya menerusi satu sesi siaran langsung di media sosial.
Bukan itu sahaja, Cik Bunga turut mempertikai peranan Bengah sebagai suami yang dianggap gagal dalam mempertahankan isterinya.
Posting Cik Bunga

Sumber: Threads