Sekilas
- Filem SAYANG-SAYANG arahan Tang Hsiang-Chu akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 5 November ini.
- Filem ini diinspirasikan oleh pengalaman pengarah yang tertarik dengan kepelbagaian budaya dan masyarakat Malaysia sejak 26 tahun lalu.
- SAYANG SAYANG mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu dari latar belakang berbeza yang mencari identiti dan impian mereka.
Filem SAYANG-SAYANG karya Tang Hsiang-Chu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 5 November ini.
Filem ini telah menggabungkan ramai pelakon berbakat dari dalam dan luar negara.
Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah titik permulaan atau inspirasi di sebalik penghasilan filem SAYANG-SAYANG?
Segalanya bermula selepas Tang Hsiang-Chu pertama kali mengunjungi Malaysia bersama pasukan bagi filem Summer Holiday sekitar dua puluh enam tahun yang lalu.
Kujungan tersebut sekali gus membuatkan Tang Hsiang-Chu tertarik dengan gaya hidup yang berteraskan kepelbagaian kaum, budaya, dan kepercayaan berpadu dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia.
Sepanjang tahun-tahun berikutnya, dia sering kembali ke Malaysia, dan rasa kasih yang mendalam terhadap negara serta penduduknya itu akhirnya menjadi inspirasi di sebalik karya SAYANG SAYANG.
SAYANG SAYANG mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu daripada latar belakang berbeza, Ajay, Mina dan San San yang mencari identiti, impian serta tempat mereka dalam kehidupan.
Filem tersebut turut menampilkan Mhia Firdaus, Nandagopall Mohan, Lee Lee-Zen, Sasha Tang, Jo Kukathas, Ong Ai Leng, Farah Ahmad, Amir Ahnaf, Vemanna Appannah, Khir Rahman dan ramai lagi.
SAYANG SAYANG bakal ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober ini sebelum menggegarkan pawagam di Malaysia bermula 5 November depan.