Skip to main content

Hiburan

‘Cinta Dalam Sekam’ Terima Pujian, Raih 21 Juta Tontonan Dalam Masa Seminggu

Cinta Dalam Sekam

Sekilas

  • Drama Cinta Dalam Sekam mencatat lebih 21 juta tontonan dalam seminggu dan menjadi nombor satu di aplikasi Viu Malaysia.
  • Penonton memuji jalan cerita, sinematografi, suasana era 80-an, serta keserasian pelakon utama Riz Amin dan Haidar Hasanudin.
  • Lagu OST Sang Penikam nyanyian Noh Salleh dan Aina Abdul turut popular, menduduki tangga pertama iTunes Malaysia dan keenam di YouTube Trending.
Advertisement

Meskipun baru seminggu ditayangkan, drama bersiri Cinta Dalam Sekam terus meraih perhatian penonton apabila merekodkan lebih 21 juta tontonan di media sosial.

Kejayaan itu sekaligus membuatkan naskhah arahan Feroz Kader itu  berjaya menduduki carta No.1 di aplikasi Viu Malaysia.

Advertisement

Menerusi tinjauan di Threads, rata-rata penonton meluahkan rasa puas hati terhadap kualiti drama berkenaan serta memuji terhadap jalan cerita, sinematografi, suasana era 80-an serta.

Malah, ramai turut memuji keserasian pelakon utama serta watak Abang Sudin lakonan Riz Amin dan karakter Shafiq yang dibawakan Haidar Hasanudin dianggap berjaya menyentuh emosi penonton.

Bukan itu sahaja, lagu runut bunyi (OST) berjudul Sang Penikam nyanyian Noh Salleh dan Aina Abdul turut menerima sambutan memberangsangkan apabila berjaya menduduki tangga pertama carta iTunes Malaysia selain berada di kedudukan keenam senarai YouTube Trending.

Menurut Noh, dia berasa sangat bersyukur syukur apabila lagu Sang Penikam diterima baik oleh pendengar dan menjadi sebahagian daripada perjalanan emosi drama tersebut.

“Saya amat menghargai peluang untuk menghiasi Cinta Dalam Sekam menerusi lagu Sang Penikam nyanyian bersama Aina Abdul. Bagi saya, tiada platform yang lebih sesuai untuk memperkenalkan lagu ini selain sebuah drama bersiri yang mempunyai jalan cerita dan emosi yang begitu kuat.

“Saya berharap lagu ini dapat memberi dimensi yang lebih mendalam kepada perjalanan cerita serta menyentuh hati para penonton,” katanya.

Cinta Dalam Sekam diterajui Siti Khadijah Halim, Amir Ahnaf, Haidar Hasanudin, Riz Amin, Husna Mustaffa dan beberapa lagi pelakon.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement