Skip to main content

Filem

Cinta Sampai Mati Tapi Berakhir Tragedi! Ini 5 Pasangan Tragis Di Layar Perak Paling Sukar Dilupakan Penonton

Astro Gempak 240

Sekilas

  • Kisah cinta tragis seperti Romeo & Juliet dan Jack & Rose terus dikenang kerana pengorbanan dan tragedi yang menyentuh hati penonton.
  • Pasangan Joker & Harley Quinn dan Noah & Allie pula menunjukkan sisi cinta yang rumit dan bertahan walau diuji pelbagai dugaan.
  • Filem Badut Gendong menampilkan pasangan Darso dan Darsi dengan kisah cinta penuh duka yang menjadi nadi utama cerita seram aksi tersebut.
Advertisement

Kisah cinta yang tidak kesampaian sering meninggalkan kesan mendalam kepada penonton sehingga terus dikenang walaupun karya tersebut sudah lama berlalu.

Daripada pasangan legenda dalam karya klasik sehinggalah watak moden di layar perak, tragedi yang menimpa mereka menjadi antara faktor yang menjadikan kisah cinta itu kekal malar segar dalam ingatan peminat.

Berikut lima pasangan tragis yang sukar dilupakan:

1.⁠ ⁠Romeo & Juliet

gffgh

Source: Photo

Pasangan ikonik karya William Shakespeare ini menjadi lambang cinta sejati yang berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya memilih menamatkan riwayat sendiri akibat salah faham, sekali gus menjadikan kisah mereka antara karya romantik paling terkenal sepanjang zaman.

2.⁠ ⁠Jack & Rose (Titanic)

Advertisement
rgghfg

Source: James Cameron fandom


Kisah cinta Jack dan Rose dalam filem Titanic terus terpahat di hati penonton selepas Jack mengorbankan nyawanya demi memastikan Rose terus hidup ketika kapal mewah itu tenggelam di Lautan Atlantik.

3.⁠ ⁠Joker & Harley Quinn

vd

Source: Screen Rent

Walaupun hubungan mereka sering digambarkan toksik dan penuh manipulasi, Joker dan Harley Quinn kekal menjadi antara pasangan paling ikonik dalam budaya pop kerana kisah cinta yang rumit serta penuh konflik.

4.⁠ ⁠Noah & Allie (The Notebook)

fef

Source: Medium


Noah dan Allie membuktikan cinta sejati mampu bertahan merentasi masa apabila terus bersama sehingga ke penghujung usia meskipun terpaksa berdepan pelbagai dugaan termasuk penyakit yang meragut memori.

5.⁠ ⁠Darso & Darsi (Badut Gendong)

fbd



Terbaharu, pasangan Darso dan Darsi menerusi filem seram aksi Badut Gendong turut mencuri perhatian apabila kisah cinta mereka disifatkan cukup menyayat hati di sebalik elemen seram dan aksi yang ditampilkan.

Pasangan Darso dan Darsi menjadi nadi utama filem Badut Gendong. Kehidupan mereka sebagai penghibur jalanan berubah menjadi tragedi apabila Darsi bersama bayi dalam kandungannya dibunuh dengan kejam.

Kehilangan itu menyebabkan Darso hilang kewarasan sebelum membawa jasad isterinya pulang ke kampung halaman, sekali gus mencetuskan rangkaian peristiwa ngeri yang menjadi tunjang penceritaan filem tersebut.

Berbeza daripada kisah cinta konvensional, hubungan Darso dan Darsi memperlihatkan bagaimana kehilangan insan tersayang mampu mengubah seseorang sehingga terjerumus ke dalam dendam dan kegelapan.

Filem arahan Charles Gozali itu turut dibintangi Clara Bernadeth, Dayinta Melira, Iskak Khivano, Totos Rasiti, Akbar Kobar, Vonny Anggraini dan Jose Rizal Manua.

Dalam masa sama, filem ini merupakan terbitan MAGMA Entertainment, Komet Productions, Legacy Pictures, Skop Productions, Enotech, Astro Shaw, Applause, Virtuelines Entertainment, VMS Studio, Caravan Studio dan Alunan.

Sekadar info, Badut Gendong kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement