Skip to main content

Hiburan

“Dah Setahun Lebih Tanya, Jawapan Saya Tetap…” - Fasha Sandha

Astrogempak Fasha

Sekilas

  • Fasha Sandha enggan mengulas lanjut mengenai isu penampilannya yang tidak bertudung dalam drama lakonannya dan menegaskan dia tidak terkesan dengan kritikan netizen.
  • Pelakon itu menegaskan pendiriannya tidak akan berubah dan dia tidak akan memberi komen mengenai isu berhijab walaupun sering ditanya.
  • Fasha berharap orang ramai lebih fokus pada isu semasa lain dan menghargai perhatian serta doa baik yang diberikan kepadanya.

Pelakon, Fasha Sandha enggan menggulas lanjut mengenai isu yang sering dibangkitkan mengenai penampilannya  tidak bertudung dalam drama lakonannya.

Jelas Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hasssan, 42, dia tidak terkesan dengan pandangan atau kritikan netizen, malah tidak kisah sekiranya ada pihak yang mahu menghakimi dirinya. 

“Saya memang jenis tak kisah orang nak cakap apa. Kalau orang nak judge pun saya tak kisah. Saya tak pernah beri apa-apa kenyataan tentang isu tersebut (bertudung). 

“Jadi bila orang bertanya mungkin mereka concern dan beri perhatian. Saya hargai semua itu,” katanya kepada Gempak. 

Fasha juga menegaskan pendiriannya tidak akan berubah meskipun diajukan persoalan yang sama. 
 

“Sebenarnya apa yang boleh saya katakan, saya tak ada komen untuk isu tersebut (buka tudung). 

"Daripada dulu sampai sekarang saya memang takkan beri komen apa-apa bila orang tanya masih berhijab atau tidak dalam drama lakonan saya. Dah setahun lebih orang tanya tapi jawapan saya tetap sama, saya tak ada komen,” ujarnya.

Fasha bagaimanapun berpandangan orang ramai tidak perlu terlalu memikirkan soal penampilannya kerana jawapan yang diberikan tetap sama setiap kali isu tersebut dibangkitkan.

“Saya rasa lebih baik mereka fokus pada isu-isu semasa yang lain daripada sibuk fikirkan fasal penampilan saya. Buang masa mereka saja kerana jawapan saya tetap no komen.

“Tapi apa pun saya tetap bersyukur dan berterima kasih kerana mereka mengambil berat tentang saya. Semoga doa yang baik-baik kembali kepada kalian,” ujarnya. 

Sebelum ini, Fasha memuat naik sebuah video di Instagram mempromosikan drama lakonannya yang bakal disiarkan di Astro Prima tidak lama lagi.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai ialah penampilan Fasha dalam salah satu babak drama tersebut apabila dia dilihat tidak memakai hijab.

Rata-rata netizen kemudian mempersoalkan tindakan aktres berkenaan dan tertanya-tanya sama ada Fasha masih berhijab atau sebaliknya.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement