Skip to main content

Hiburan

Dakwa Nadhir Nasar Kurang Mesra, Amir Ahnaf 'Back Up' Kawan - "Dia Lapar Kot..."

Astrogempak AMIR AHNAF

Sekilas

  • Seorang individu berkongsi pengalaman bertemu pelakon Nadhir Nasar di Singapura yang dianggap kurang mesra dan tidak seperti dijangka.
  • Individu itu menegaskan Nadhir tidak sombong dan tetap menyokong kerjaya pelakon tersebut walaupun pengalaman itu hanya 6/10.
  • Pelakon Amir Ahnaf membalas secara berseloroh, manakala peminat faham selebriti mungkin letih atau tertekan ketika dikelilingi ramai orang.
Advertisement

Seorang individu berkongsi pengalaman dia bertemu dengan pelakon Nadhir Nasar di Singapura baru-baru ini yang dianggap tidak menarik buatnya.

Menurut individu berkenaan, dia berasakan Nadhir seorang pelakon yang tidak semesra seperti yang dijangkakan.

Advertisement

“Jumpa Nadhir Nasar masa dia datang Singapura. Saya rasa macam tak vibe. Dia berada betul-betul depan saya tapi nampak biasa sahaja.

“Tak semesra seperti yang saya sangkakan, tapi mungkin sebab terlalu ramai orang di sekelilingnya ketika itu. Jadi saya rasa dia mungkin sedikit overwhelmed. Pengalaman saya mungkin 6/10,” tulis individu tersebut.

Individu berkenaan bagaimanapun menegaskan dia tidak pernah menganggap Nadhir seorang yang sombong, malah masih menyokong kerjaya aktor berkenaan.

“Dia tak sombong. Saya cuma cakap apa yang saya rasa. Dia masih seorang pelakon yang hebat dan saya akan terus menyokongnya,” tambahnya.

Hantaran itu mendapat perhatian aktor, Amir Ahnaf yang membalas kenyataan itu secara berseloroh mengenai rakannya itu.

“Dia lapar kot. Nadhir kalau lapar cranky sikit,” tulis Amir berseloroh.

Ramai peminat turut bersetuju bahawa seseorang selebriti mungkin berdepan keletihan atau tekanan apabila dikelilingi ramai orang, sekali gus menyifatkan situasi tersebut tidak wajar dijadikan ukuran terhadap keperibadian sebenar seseorang.

Bagaimanapun, menerusi tinjauan Gempak hantaran di Threads itu sudah di padam.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement