Skip to main content

Hiburan

Dakwa Pelakon Tak Serik Datang Lewat Ke Set, Kesabaran Fasha Sandha Makin ‘Tipis’ - “Orang Macam Kau Ini Nak Kena…”

Fasha Sandha

Sekilas

  • Fasha Sandha tampil bersuara mengenai sikap seorang pelakon yang kerap lewat ke lokasi penggambaran sehingga menjejaskan kelancaran produksi.
  • Fasha menegaskan kelewatan hampir setiap hari menyebabkan kru dan pelakon lain terpaksa menunggu berjam-jam sebelum penggambaran bermula.
  • Pelakon drama Kasih Yang Terkorban itu menegaskan perkongsiannya bukan untuk membesarkan isu, tetapi mahu semua pihak menghormati komitmen kerja dan masa orang lain.
Advertisement

Pelakon Fasha Sandha akhirnya tampil bersuara secara terbuka selepas sudah tidak mampu lagi bersabar dengan sikap seorang pelakon yang dipercayai kerap datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga menjejaskan kelancaran produksi.


 

Advertisement

Fasha berkata sebelum ini dia sengaja memilih untuk tidak mendedahkan perkara tersebut demi menjaga nama baik individu berkenaan, namun mendakwa sikap yang berulang kali ditunjukkan membuatkan kesabarannya semakin hilang.


 

"Sebelum ini saya tak ada nak sebut nama sebab nak lindungi awak. Nak jaga periuk nasi awak. Sabar orang ada had ya.


 

"Hormatlah masa orang lain. Tak hormat saya tak mengapa. Tapi hormatlah produksi yang bagi kau punca rezeki. Orang macam kau ni nak kena ajar biar kau tahu cara nak hormat masa orang.


 

"Nak menghadap muka kau hari-hari di set dengan tak bertegur, tak reti cakap maaf. Buat muka menyampah dekat aku," tulisnya menerusi Instastory pada Selasa.


 

Menurut Fasha, kelewatan pelakon berkenaan bukan berlaku sekali-sekala, malah didakwa berlaku hampir setiap hari sehingga menyebabkan kru produksi dan pelakon lain terpaksa menunggu berjam-jam sebelum penggambaran dapat dimulakan.


 

"Calltime awak pukul 8 pagi, awak sampai ke set penggambaran pukul 8.58 pagi. Belum mekap dan bersiap.


 

"Dah lewat satu jam tak ada pula minta maaf pada semua. Saya calltime pukul 9 pagi, pukul 8.20 pagi saya datang dah siap mekap dan bersedia nak masuk set," katanya.


 

Dalam masa sama, Fasha menegaskan perkongsiannya bukan bertujuan membesarkan isu atau mengangkat dirinya sebagai contoh, sebaliknya mahu semua pihak menghormati komitmen kerja dan masa orang lain.


 

"Lepas tu nanti orang kata saya 'up' diri sendiri eh? Nak berlakon ke tak? Dari hari pertama lewat, tak relaks ya. Lambat satu hingga dua jam.


 

"Habis tu kru produksi dan artis lain memang kena hadap kelewatan awak sajalah? Diam boleh diam, tapi kalau hari-hari apa nak kena diam eh?" ujarnya.


 

Tambah pelakon drama Kasih Yang Terkorban itu, sepanjang bergelar anak seni, dia tidak pernah berdepan situasi seperti itu dan menyifatkan kelewatan yang berlaku setiap hari sebagai sesuatu yang tidak profesional.


 

"Ini bukan cara saya bekerja. Awak berlakon saja seorang diri ya, saya punya kesabaran ada hadnya. Awak lewat setiap hari. Setiap hari ya, tak kelakar kalau hari-hari lewat.


 

“Lewat lima atau 15 minit okey, ini sejam dua selalunya. Dah lewat sejam, nak tunggu awak siap satu jam setengah. Maknanya dua hingga tiga jamlah nak hadap setiap kali kita berlakon sama," katanya lagi.


 

Terdahulu, Fasha pernah meluahkan rasa kecewa terhadap seorang pelakon yang didakwa sering datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga mengganggu jadual produksi.


 

Bagaimanapun, ketika itu dia memilih untuk tidak mendedahkan identiti individu terbabit dan berharap teguran yang diberikan menerusi aplikasi WhatsApp sudah memadai untuk dijadikan pengajaran agar perkara sama tidak berulang.

Anda mungkin berminat dengan

TASON KING KONG For IP 17 AIR 16 E 15 14 13 ProMax 13 12 11 XR X Xs Max 8 7 PLUS Full Tempered Glass Screen Protector

TASON KING KONG For IP 17 AIR 16 E 15 14 13 ProMax 13 12 11 XR X Xs Max 8 7 PLUS Full Tempered Glass Screen Protector

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

Must Watch Video

Advertisement