Skip to main content

Viral

Dakwa Saiz Kemaluan Jadi Punca Cerai, Influencer Disaman Bekas Suami

baylee

Sekilas

  • Haley Baylee disaman oleh bekas suaminya, Matt Kalil, selepas komen mengenai alat sulit lelaki itu dalam sebuah podcast mencetuskan kontroversi.
  • Baylee mengakui tertekan dengan tindakan undang-undang tersebut dan menegaskan konteks sebenar perbualan boleh dilihat dalam siaran langsung asal di YouTube.
  • Kalil menuntut ganti rugi lebih RM300,000 atas dakwaan pencerobohan privasi dan penyebaran kenyataan yang merendahkan martabatnya.

Pempengaruh Haley Baylee dilaporkan berada dalam keadaan tertekan selepas disaman oleh bekas suaminya susulan komen yang dibuat mengenai alat sulit lelaki tersebut.

Bekas bintang NFL, Matt Kalil, telah menyerahkan dokumen undang-undang kepada bekas isterinya selepas model pakaian renang itu menggambarkan kelelakian Kalil sebagai 'dua tin Coke, mungkin juga satu lagi' ketika tampil dalam sebuah podcast.

Dalam temubual tersebut, Baylee turut mendakwa bahawa masalah keintiman memainkan peranan besar dalam kegagalan perkahwinan mereka, seperti yang dilaporkan oleh The Sun.

Baylee mengakui dirinya terkejut apabila dimaklumkan bahawa bekas pasangan hidupnya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berhubung kenyataan spontan yang dibuat tanpa perancangan itu.

Dalam satu kenyataan balas, Baylee menegaskan bahawa konteks sebenar perbualan tersebut boleh dilihat dalam siaran langsung asal.

“Kebenaran sebenar ada dalam siaran langsung asal yang masih boleh ditonton di akaun YouTube Marlon.

“Saya bercakap secara positif tentang Matt dalam pelbagai cara sepanjang perbualan tersebut," katanya.

Baylee turut meluahkan tekanan emosi yang dialaminya susulan tindakan undang-undang itu.

“Proses litigasi adalah sesuatu yang menakutkan dan sangat mengganggu emosi.

“Dan saya benar-benar hancur hati kerana dia memilih untuk mendedahkan kami serta keluarga masing-masing kepada situasi yang sukar ini," ujarnya.

Kalil, yang pernah beraksi sebagai offensive tackle untuk Minnesota Vikings, mendakwa komen bekas isterinya itu telah mencetuskan 'perhatian awam yang tidak diingini serta komen-komen yang bersifat menceroboh privasi'.

Dia juga mendakwa keluarganya terpaksa berdepan dengan penyebaran berterusan kenyataan yang merendahkan martabat dan bersifat peribadi.

Baylee dan Kalil mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 sebelum berpisah selepas tujuh tahun berkahwin.

Kalil kemudiannya berkahwin semula pada musim panas 2024 dengan Keilani Amus.

Menurut dokumen saman, Amus dilaporkan semakin kerap menerima mesej-mesej berunsur negatif berkaitan bahagian sulit suaminya yang disifatkan mengganggu dari semasa ke semasa.

Kalil memfailkan saman terhadap bekas isterinya atas dakwaan pencerobohan privasi dan 'unjust enrichment'.

Dia turut memohon perbicaraan di hadapan juri serta menuntut ganti rugi melebihi AUD110,000 (RM300,902). 

Sumber: News.com

Must-Watch Video

Advertisement