Skip to main content

Hiburan

"Dalam Shower Menangis, Atas Katil Pun Menangis..." - Ain Edruce Akui Proses ‘Wean-Off’ Anak Mencabar

Ain Edruce

Sekilas

  • Ain Edruce berkongsi pengalaman emosi ketika mula menghentikan penyusuan susu badan untuk anak lelakinya, Shaziman.
  • Hari pertama dan kedua proses itu sangat mencabar, menyebabkan Ain menangis berulang kali dan anak sulungnya, Soraya, turut sedih melihatnya.
  • Perkongsian Ain mendapat sokongan ramai ibu yang memahami kesukaran putus susu kerana ikatan emosi yang kuat antara ibu dan anak.
Advertisement

Pelakon dan pengacara Ain Edruce mengakui berdepan detik yang cukup emosi apabila mula menjalani proses menghentikan penyusuan susu badan buat anak lelakinya, Shaziman.

Advertisement

Ain berkata hari pertama proses tersebut membuatkan dirinya sukar menahan sebak kerana penyusuan merupakan momen paling bermakna yang mengeratkan hubungan antara dia dan anak.

“Maka bermulalah perjalanan putus susu dengan Shaziman. Hari pertama (Isnin), ada kata-kata semangat tak?

“Aku sedih la sebab tu saja buat aku rasa rapat dengan dia… bonding tu, oo man😭😭 saya tak kuat,” kongsinya menerusi Threads. 

Advertisement

Memasuki hari kedua, Ain mendedahkan emosinya menjadi semakin tidak terkawal sehingga dia menangis berulang kali dan turut menyebabkan anak sulungnya, Soraya berasa sedih. 

“Hari kedua (Selasa), stop breastfeeding. Semalam malam aku menangis macam orang gila dah. Dalam shower menangis, atas katil menangis.

“Soraya tengok aku pun dia menangis… dia kesian kat aku. 😭 Tapi Alhamdulillah survived,” katanya.

Perkongsian Ain itu turut mendapat perhatian ramai ibu yang pernah melalui fasa sama, malah ramai meninggalkan kata-kata semangat.

Mereka juga mengakui proses putus susu sememangnya bukan mudah kerana melibatkan ikatan emosi yang cukup kuat antara ibu dan anak.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

(Refine by Lovito) Casual Top Daily Office Holiday Travel Lace Texture Button New Style Spring/summer White Top for Women LR29A052 (Refine by Lovito) Casual Top Lace Texture Button New Style Spring/summer White Top untuk Wanita LR29A052

KINGDAFA Retro Men Boxer Ice Silk Men Underwear Boxer Lelaki Summer Breathable Spender Lelaki Seluar Dalam Lelaki Mens Underwear Briefs 男生内裤 男士内裤 内裤男 冰丝内裤

KINGDAFA Retro Men Boxer Ice Silk Men Underwear Boxer Lelaki Summer Breathable Spender Lelaki Seluar Dalam Lelaki Mens Underwear Briefs 男生内裤 男士内裤 内裤男 冰丝内裤

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

Hi.sweetie🎀[Ready Stock] 7A Antibacterial High Waist Tummy Friendly Seamless Woman Underwear Yoga Panties 高腰无痕收腹内裤

Hi.sweetie🎀[Ready Stock] 7A Antibacterial High Waist Tummy Friendly Seamless Woman Underwear Yoga Panties 高腰无痕收腹内裤

🔥Local Delivery🚚Plus Size Men's Blazer Formal Business Black Outerwear Casual Lelaki Jacket Coat Korean Office Suit Slim Fit Tuxedos Wedding baju kot

🔥Local Delivery🚚Plus Size Men's Blazer Formal Business Black Outerwear Casual Lelaki Jacket Coat Korean Office Suit Slim Fit Tuxedos Wedding baju kot

Must Watch Video

Advertisement