Skip to main content

Selebriti

Daler Yusuf Tak Mahu Ada Sifat Ego, Jangan Malu Minta Maaf Dengan Anak - “Tak Semestinya Kita Yang Sentiasa Betul”

Daler Yusuf Tak Mahu Ada Sifat Ego, Jangan Malu Minta Maaf Dengan Anak - “Tak Semestinya Kita Yang Sentiasa Betul”

Sekilas

  • Daler Yusuf berkongsi pentingnya ibu bapa memohon maaf kepada anak apabila melakukan kesilapan demi hubungan yang lebih baik.
  • Dia mendedahkan pengalaman memohon maaf kepada anaknya, Yusuf, walaupun budaya keluarga asalnya jarang mengamalkan perkara itu.
  • Daler menegaskan sikap berani minta maaf mengajar anak nilai tanggungjawab dan saling menghormati tanpa mengira usia.
Advertisement

Pelakon, Daler Yusuf berkongsi pandangannya mengenai kepentingan ibu bapa memohon maaf kepada anak-anak apabila melakukan kesilapan.

Menerusi perkongsian di Threads, Daler berkata dia membesar dalam keluarga yang jarang memohon maaf kepada anak-anak walaupun perkara itu adalah kesalahan sendiri kerana beranggapan orang yang lebih tua sentiasa betul.

Advertisement

“Korang pernah mintak maaf dekat anak sendiri tak? Daler membesar dalam family yang parents, uncle dan aunties jarang sangat minta maaf dekat budak, walaupun salah sendiri. Sebab ego dan rasa orang tua sentiasa betul,” kongsinya.

Bagaimanapun, kata Daler, dia percaya bahawa ibu bapa juga perlu mengakui kesilapan dan mengetepikan ego demi membina hubungan yang lebih baik dengan anak-anak.

Berkongsi pengalamannya sendiri, Daler mendedahkan dia pernah memohon maaf kepada anaknya, Yusuf, selepas menyedari kata-katanya telah membuatkan si kecil itu berkecil hati.

Advertisement

“Recently, my sister datang rumah, and anak saya Yusuf terasa hati dengan something i said. So I apologised to him.

“Kakak saya terus terkejut dan berkata, ‘Ya Allah, awak baru sahaja meminta maaf kepada anak sendiri?” coretnya.

Tambah Daler lagi, sikap berani ibu bapa yang meminta maaf dapat mengajar anak-anak tentang nilai tanggungjawab dan saling menghormat

“Saya menjawab, ‘Ya, sebab saya salah. Sebagai ibu bapa, kita pun kena belajar minta maaf, bukan ego sebab kita lebih tua.’

“Kakak saya hanya memberikan senyuman sinis. Bagi saya, rasa hormat itu perlu datang daripada kedua-dua belah pihak. Menjadi ibu bapa tidak bermakna kita sentiasa betul,” tulisnya.

Sumber: Threads @daleryusuf

Anda mungkin berminat dengan

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Must Watch Video

Advertisement