Skip to main content

Selebriti

Dari 75kg Ke 67kg, Dewa Arteh Sanggup Turunkan Berat Badan Demi Filem Pertama - “Bukan Berat Je Turun, Misai Pun Hilang Kome”

Dari 75kg Ke 67kg, Dewa Arteh Sanggup Turunkan Berat Badan Demi Filem Pertama - “Bukan Berat Je Turun, Misai Pun Hilang Kome”

Sekilas

  • Dewa Arteh berjaya turunkan berat badan sebanyak 8 kilogram demi menjayakan filem pertamanya, Orang Perang.
  • Selain menurunkan berat badan, Dewa juga mencukur misainya untuk menyesuaikan watak dalam filem tersebut.
  • Filem Orang Perang arahan Hashim Rejab akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 1 Oktober 2026.
Advertisement

Pelawak dan pelakon, Dewa Arteh sanggup menurunkan berat badan demi menjayakan filem pertamanya iaitu Orang Perang.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Dewa memaklumkan dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 8 kilogram (kg).

Advertisement

Menariknya lagi, tidak hanya menurunkan berat badan, Dewa juga membuat keputusan untuk mencukur misainya.

“Sebelum Orang Perang vs sewaktu Orang Perang, dari 75kg turun ke 67kg demi filem pertama teman.

“Bukan berat je turun, misai pun hilang kome, demi menyesuaikan watak dalam filem pertama teman ni, jadi kome moh ler support filem pertama teman ORANG PERANG Senoi Praq : The Silent Killer di pawagam 1 Oktober 2026,” tulisnya.

Advertisement

Selain Dewa, Orang Perang turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Niezam Zaidi, Syazwan Zulkifli, Ammar Alfian, Fadli Masoot, Dewa Arteh, Izuan Razali, Adam Corrie, Hairi Safwan dan Fauzi Nawawi.

Turut membintangi filem ini ialah Razib Salimin, Kazar Sarsi, Azhan Rani, Pui Yi dan Vanida Imran.

Saksikan Orang Perang, arahan Hashim Rejab ini di pawagam seluruh negara mulai 1 Oktober 2026.

Anda mungkin berminat dengan

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Must Watch Video

Advertisement