Sekilas
- Saingan Sepak Takraw League (STL) memperkenalkan konsep 'The Warrior Mythology' yang mengangkat identiti setiap pasukan melalui karakter Wira unik berdasarkan logo, maskot dan elemen visual pasukan.
- Setiap Wira diinspirasikan daripada pahlawan, seni Silat, alam semula jadi dan warisan tempatan, digabungkan dengan gaya atlet moden serta pergerakan Sepak Takraw.
- Konsep ini menonjolkan nilai keberanian, disiplin, kekuatan dan semangat juang tanpa unsur keganasan, peperangan atau perkauman.
Saingan Sepak Takraw League (STL) kembali menghangatkan arena dengan aksi sengit membabitkan pasukan-pasukan terbaik tanah air.
Namun, selain aksi di gelanggang, STL kali ini turut tampil dengan satu konsep kreatif yang cukup menarik menerusi ‘The Warrior Mythology’ atau Dunia Wira STL.
Konsep berkenaan mengangkat identiti setiap pasukan STL menerusi karakter Wira yang unik, dengan setiap karakter diinspirasikan daripada logo, maskot, warna serta elemen visual pasukan masing-masing.
Menariknya, elemen tersebut kemudiannya digabungkan dengan inspirasi Malaysia dan Nusantara seperti pahlawan, seni Silat, alam semula jadi serta warisan tempatan sebelum diterjemahkan dalam gaya atlet moden.
Walaupun setiap Wira mempunyai karakter yang kuat dan berani, konsep ini kekal dalam konteks sukan dan Sepak Takraw.
Aksi dan pergerakan Wira diinspirasikan daripada lompatan, libasan, tendangan, servis, block, ketangkasan dan pergerakan atlet. Wira bukan watak peperangan.
Ia melambangkan keberanian, disiplin, kekuatan, ketangkasan, semangat juang dan kecemerlangan dalam sukan.
Konsep ini juga tidak menggunakan unsur senjata, darah, kecederaan, peperangan, keganasan, keagamaan atau perkauman.
Jadi, siapa pula Wira di sebalik setiap pasukan STL?
Jom kenali 10 Wira yang mewakili identiti pasukan masing-masing!
#ATM GUARDIANS
Wira Pelindung | The Protector
•Digambarkan sebagai seorang Wira yang kuat, teguh, berani dan berdisiplin.
• Berdasarkan identiti “Guardians”, yang membawa maksud pelindung dan penjaga.
• Penampilan yang tegap dan berwibawa menggambarkan kekuatan, disiplin, keberanian dan tanggungjawab.
• Elemen logo, maskot dan warna ATM Guardians diterjemahkan ke dalam reka bentuk karakter.
• Gaya Wira menggabungkan imej atlet moden dengan elemen pahlawan dan pergerakan Sepak Takraw.
Nilai utama: Disiplin, Keberanian, Kekuatan, Tanggungjawab
Tagline: Teguh Melindung, Gagah Berjuang
#KL THUNDER
Wira Petir | The Thunder Warrior
• Digambarkan sebagai seorang Wira yang pantas, bertenaga dan kuat.
• Elemen petir menjadi inspirasi utama berdasarkan identiti KL Thunder.
• Petir menggambarkan kelajuan, tenaga, kuasa dan impak.
• Reka bentuk yang dinamik mencerminkan permainan Sepak Takraw yang pantas dan penuh aksi.
• Pergerakan Wira menonjolkan kelajuan, lompatan dan aksi yang bertenaga.
Nilai utama: Kelajuan, Tenaga, Kuasa, Semangat Juang
Tagline: Menyambar Pantas, Membawa Gegaran
#MELAKA TITANS
Laksamana Melaka | The Melaka Admiral • Mengambil inspirasi daripada identiti kepahlawanan dan warisan Melaka.
• Karakter membawa nilai keberanian, kesetiaan, disiplin dan kepimpinan.
• Elemen pahlawan dan seni Silat digabungkan dengan gaya atlet moden.
• Identiti logo, warna dan ciri visual Melaka Titans turut diterapkan dalam reka bentuk.
• Pergerakan karakter menggabungkan elemen Silat dengan aksi Sepak Takraw.
Nilai utama: Keberanian, Kesetiaan, Disiplin, Legasi Tagline: Gagah Membawa Legasi
#JOHOR TIGRIS
Wira Rimau | The Tiger Warrior
• Menampilkan karakter Wira Rimau berdasarkan nama dan identiti Johor Tigris.
• Mengambil inspirasi daripada Harimau Selatan, yang sinonim dengan identiti Johor.
• Rimau melambangkan keberanian, kekuatan, kelajuan dan ketangkasan.
• Karakter menggambarkan seorang Wira yang berani, yakin dan tidak mudah mengalah.
• Gaya atletik dan pergerakan pantas digunakan untuk menyerlahkan karakter Rimau.
Nilai utama: Keberanian, Kekuatan, Kelajuan, Ketangkasan
Tagline: Ngauman Sang Rimau, Gengentar Gelanggang
#KELANTAN WARRIORS
Wira Pahlawan | The Pahlawan
• Digambarkan sebagai seorang Wira yang berani, tangkas dan mempunyai semangat juang yang tinggi. • Mengambil inspirasi daripada pahlawan tradisional, seni Silat dan identiti budaya Kelantan.
• Karakter membawa imej seorang pahlawan yang tegas, diterjemahkan dalam gaya atlet moden.
• Pergerakan Silat digabungkan dengan aksi Sepak Takraw untuk menunjukkan ketangkasan dan kawalan badan.
• Elemen logo, warna dan identiti Kelantan Warriors turut diterjemahkan dalam reka bentuk.
Nilai utama: Keberanian, Maruah, Ketangkasan, Semangat Juang
Tagline: Darah Pahlawan, Maruah Dijulang
#NEGERI SEMBILAN ANTLERS
Wira Rusa | The Deer Warrior
• Tanduk menjadi ciri utama karakter berdasarkan nama dan identiti Antlers’.
• Mengambil inspirasi daripada rusa dan bentuk tanduk sebagai elemen visual utama pasukan.
• Bentuk tanduk turut menjadi inspirasi visual yang menghubungkan karakter dengan warisan Minangkabau di Negeri Sembilan, khususnya bentuk bumbung rumah tradisional yang menyerupai tanduk kerbau.
• Karakter menggambarkan seorang Wira yang tenang, kuat dan tangkas.
• Elemen alam dan warisan tempatan digabungkan dalam gaya moden.
• Pergerakan Wira diinspirasikan daripada ketangkasan seekor rusa dan diterjemahkan melalui aksi Sepak Takraw.
Nilai utama: Kekuatan, Ketangkasan, Keberanian, Warisan
Tagline: Tenang Melangkah, Tangkas Bertindak
#PENANG BLACK PANTHERS
Wira Harimau Kumbang | The Panther Warrior
• Digambarkan sebagai seorang Wira yang pantas, lincah dan sentiasa fokus.
• Harimau Kumbang menjadi inspirasi utama berdasarkan nama dan identiti pasukan.
• Sifat panther diterjemahkan melalui kelajuan, ketangkasan, fokus dan ketepatan.
• Karakter mempunyai gaya yang ringan dan dinamik untuk mencerminkan pergerakan pantas.
• Elemen logo, warna dan ciri visual Penang Black Panthers digunakan dalam reka bentuk.
Nilai utama: Kelajuan, Ketangkasan, Fokus, Ketepatan Tagline: Pantas bergerak, tepat bertindak.
#PDRM DEFENDERS
Wira Pertahanan | The Defender
• Digambarkan sebagai seorang Wira yang kuat, berani dan sentiasa bersedia melindungi pasukannya. • Berdasarkan identiti ‘Defenders’, yang membawa maksud pelindung dan pertahanan.
• Karakter menggambarkan disiplin, keberanian, keteguhan dan integriti.
• Elemen logo, warna dan identiti pasukan diterjemahkan ke dalam reka bentuk Wira.
• Kekuatan karakter ditunjukkan melalui aksi Sepak Takraw, refleks, ketahanan dan pergerakan bertahan. • Tiada penggunaan senjata atau unsur peperangan dalam reka bentuk.
Nilai utama: Keberanian, Disiplin, Perlindungan, Integriti
Tagline: Kental Bertahan, Teguh Melangkah
#PERAK BISON
Wira Bison | The Bison Warrior
• Digambarkan sebagai seorang Wira yang kuat, tegap dan mempunyai daya tahan tinggi.
• Bison menjadi inspirasi utama berdasarkan nama dan identiti pasukan.
• Bison melambangkan kekuatan fizikal, kuasa, stamina dan ketahanan.
• Karakter mempunyai penampilan yang lebih tegap untuk menggambarkan sifat bison yang kuat dan sukar digugat.
• Walaupun kelihatan kuat, Wira tetap mempunyai pergerakan atletik yang sesuai dengan Sepak Takraw. • Aksi karakter lebih menonjolkan kuasa, kestabilan dan ketahanan.
Nilai utama: Kekuatan, Kuasa, Stamina, Ketahanan Tagline: Teguh Berdiri, Gagah Menyerang
#SELANGOR PISTONS
Wira Enjin | The Engine Warrior
• Mempunyai karakter yang lebih moden dan berunsurkan teknologi.
• Elemen piston dan mesin menjadi inspirasi utama berdasarkan identiti pasukan.
• Piston menggambarkan kelajuan, kuasa, ketepatan dan pergerakan berterusan.
• Karakter mewakili pasukan yang sentiasa bergerak, menghasilkan momentum dan mara ke hadapan.
• Elemen mekanikal digabungkan dengan fizikal seorang atlet untuk menghasilkan Wira yang moden dan dinamik.
• Pergerakan Wira menonjolkan tenaga, kelajuan dan momentum.
Nilai utama: Kelajuan, Kuasa, Ketepatan, Momentum Tagline: Kuasa Dalam Setiap Gerakan