Skip to main content

Selebriti

Dari Menyewa Hingga Berjaya Miliki Rumah Sendiri, Iklan Merdeka SJKP Menyentuh Hati, Papar Realiti Rakyat

Dari Menyewa Hingga Berjaya Miliki Rumah Sendiri, Iklan Merdeka SJKP Menyentuh Hati, Papar Realiti Rakyat

Sekilas

  • SJKP lancar video kempen sempena Bulan Kebangsaan yang mengetengahkan kisah Abdullah, pekerja gig yang berjuang untuk memiliki rumah sendiri.
  • Video ini menggambarkan cabaran golongan berpendapatan tidak tetap dalam mencapai impian memiliki kediaman sendiri sebagai simbol kemerdekaan.
  • SJKP membantu rakyat Malaysia mendapatkan pembiayaan rumah pertama melalui jaminan kerajaan dan menggalakkan mereka mendapatkan khidmat nasihat di institusi kewangan terlibat.
Advertisement

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Merdeka, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) tampil dengan sebuah video kempen yang mengetengahkan impian rakyat Malaysia untuk memiliki kediaman sendiri.

Menerusi video berbentuk Pesanan Khidmat Awam (PSA) itu, SJKP mengangkat kisah Abdullah, seorang pekerja gig yang sedang membina kehidupan dari bawah.

Advertisement

Kisah tersebut menggambarkan realiti yang dilalui sebahagian rakyat Malaysia, khususnya mereka yang mempunyai pendapatan tidak tetap, bekerja sendiri atau dalam sektor gig.

Abdullah berdepan pelbagai cabaran termasuk tekanan kewangan, peningkatan kos sara hidup, tempoh bekerja yang panjang serta masalah yang berulang ketika menyewa rumah.

Melalui video ini, perjalanan Abdullah daripada sekadar menyewa kepada memiliki rumah sendiri menjadi simbol kepada satu bentuk ‘kemerdekaan’ yang lebih dekat dengan kehidupan rakyat, bebas daripada ketidakpastian tempat tinggal dan mencapai Impian hidup memiliki rumah sendiri.

SJKP diwujudkan bagi membantu golongan seperti ini mendapatkan akses kepada kemudahan pembiayaan perumahan melalui jaminan kepada institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian dalam skim tersebut.

SJKP percaya bahawa impian memiliki rumah bukan sekadar ruang tempat berteduh, tetapi mengenai rasa selamat, kestabilan hidup, maruah dan harapan untuk membina masa depan yang lebih bermakna.

Sebagai institusi yang diberi mandat untuk mengurus dan mentadbir Skim Jaminan Kerajaan, SJKP memainkan peranan dalam membantu rakyat Malaysia merentas pelbagai sektor dan latar pekerjaan, mendapatkan akses kepada pembiayaan bagi pembelian rumah pertama.

Menurut kata Pegawai Utama SJKP Berhad, Juanita Rusmini Abdul Jalil, setiap rakyat mempunyai definisi kemerdekaan tersendiri termasuklah memiliki rumah.

“Sesetengah orang mungkin mempunyai impian dalam bentuk kebebasan untuk menentukan masa depan dengan memiliki sebuah rumah sendiri.

“Bagi mereka yang bekerja sendiri mungkin beranggapan bahawa memiliki rumah sendiri adalah mustahil tanpa penyata gaji yang kukuh, tetapi dengan jaminan Kerajaan melalui SJKP, impian tersebut boleh direalisasikan,” katanya.

 

Video kempen ini diharap dapat mencetuskan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia bahawa memiliki rumah pertama bukan sekadar satu impian, tetapi satu matlamat yang boleh dirancang dan diusahakan dengan sokongan serta saluran pembiayaran yang bersesuaian.

Dalam konteks SJKP, mesej tersebut diterjemahkan melalui peranan SJKP sebagai ‘penghubung’ yang membantu membuka akses kepada pembiayaan rumah pertama bagi rakyat Malaysia yang layak melalui institusi-institusi kewangan dengan jaminan kerajaan.

SJKP juga menyeru rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan perkhidmatan mereka untuk berkunjung ke cawangan institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian atau layari laman web rasmi www.sjkp.com.my.

Anda mungkin berminat dengan

RoyoPanda Tissue Gantung Tisu Gantung Viral 4Ply 170x140mm 6288 Sheets

RoyoPanda Tissue Gantung Tisu Gantung Viral 4Ply 170x140mm 6288 Sheets

HOOGA Black Series Reed Diffuser 200ML

HOOGA Black Series Reed Diffuser 200ML

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

SUPERSAVE Pelita Buluh Solar Light LED Lights Pelita Bamboo Pelita Solar Raya Lampu Kelip Kelip Lampu Raya

SUPERSAVE Pelita Buluh Solar Light LED Lights Pelita Bamboo Pelita Solar Raya Lampu Kelip Kelip Lampu Raya

OOKAS Meja lipat/Foldable Table/Computer table / Study Desk/Office Desk/Meja Belajar/Meja Makan 折叠桌

OOKAS Meja lipat/Foldable Table/Computer table / Study Desk/Office Desk/Meja Belajar/Meja Makan 折叠桌

Mattress after-sales consulting service Mattress after-sales consulting service

Mattress after-sales consulting service Mattress after-sales consulting service

Must Watch Video

Advertisement