Skip to main content

Hiburan

Dayana Roza Dakwa Baru Tahu Nama Tiada Dalam Syarikat Selepas Cerai - “Selama Ini Saya Buat Kerja Tanpa…”

Dayana Roza Dakwa Baru Tahu Nama Tiada Dalam Syarikat Selepas Cerai - “Selama Ini Saya Buat Kerja Tanpa…”

Sekilas

  • Dayana Roza menegaskan dia tiada kaitan dengan perniagaan SBC Ampang dan Supreme Barbeque Club selepas semakan rasmi dengan SSM menunjukkan namanya tidak tersenarai dalam pendaftaran syarikat.
  • Dia mendedahkan banyak membantu menguruskan perniagaan tersebut semasa perkahwinan, namun tidak menerima sebarang bayaran atau hak pemilikan.
  • Dayana berharap imej dan nama beliau tidak lagi digunakan dalam promosi perniagaan tersebut dan bersedia berkongsi bukti untuk membersihkan nama serta mempertahankan diri dan anak-anaknya.
Advertisement

Pelakon, Dayana Roza menegaskan bahawa dia kini tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan dua premis perniagaan yang sering dikaitkan dengannya iaitu SBC Ampang serta Supreme Barbeque Club.

Menerusi di Threads, Dayana atau nama lengkapnya Nur Dayana Kamsun Baharin, tampil memuat naik penjelasan itu kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kekeliruan.

Advertisement

Menurut Dayana, dia percaya dirinya mempunyai penglibatan dalam perniagaan berkenaan selepas menandatangani beberapa dokumen yang diberikan kepadanya sepanjang perkahwinannya sebelum ini.

“Sepanjang tempoh perkahwinan, saya berada dalam keadaan mempercayai bahawa saya mempunyai penglibatan dalam perniagaan tersebut dan telah menandatangani beberapa dokumen yang diberikan kepada saya pada ketika itu.

“Walau bagaimanapun, selepas perceraian dan selepas saya membuat semakan rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), saya mengesahkan bahawa nama saya tidak tersenarai dalam sebarang pendaftaran syarikat atau rekod pemilikan yang berkaitan dengan perniagaan tersebut,” kongsinya.

Difahamkan, kedua-dua premis berkenaan sebelum ini diuruskan bersama bekas suaminya, A’dale Adham Ayahudin, ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Bukan itu sahaja, Dayana mendakwa dia banyak membantu menguruskan perniagaan tersebut sehingga terpaksa mengetepikan kerjaya lakonannya sebelum ini.

Walau bagaimanapun, segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan itu didakwa tidak memberikan sebarang faedah kepadanya dari segi pemilikan mahupun bayaran.

“Rupanya bukan hak saya pun. Selama ini saya buat kerja amal tanpa gaji, tiada bahagian dan nama pun tiada dalam syarikat.

“Hutang lapuk tidak dibayar, malah saya juga baru-baru ini mendapat ‘hadiah percuma’ daripada CTOS,” katanya.

Tambah Dayana, sebelum ini dia memilih untuk tidak mendedahkan perkara tersebut atas dasar privasi namun, dia merasakan keadaan mula berubah apabila merasakan dirinya tidak lagi dihormati.

“Saya bukan nak gaduh. Saya cuma nak nyatakan fakta, bersihkan nama saya dan pertahankan diri serta anak-anak saya.

“Jika sesiapa ingin mencabar atau mempertikaikan apa yang saya katakan, silakan sahaja. Kalau perlu, saya akan keluarkan bukti satu per satu mengenai semua yang selama ini saya simpan bertahun-tahun.

“Cuma saya risau nanti terlalu banyak nama yang akan dipaparkan dan terdedah sepanjang proses itu. Biar fakta yang berbicara sendiri. Alhamdulillah, saya simpan resit-resit itu,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Dayana juga berharap agar segala bahan promosi yang menggunakan imej, nama atau identitinya berkaitan perniagaan tersebut diturunkan daripada semua platform media sosial.

“Saya bukan pemiliknya dan saya tidak terlibat langsung dalam syarikat ini. Tolong bawa perkara itu kepada pihak yang bertanggungjawab,” jelasnya.

Untuk rekod, Dayana dan A’dale Adham Ayahudin sah bercerai talak satu pada 18 Disember 2025 selepas mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Astrid Raheeya, 4, dan Aryan Andika, 2.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement