Skip to main content

Hiburan

Deepika Padukone Selamat Lahirkan Anak Kedua pada Usia 40

Deepika Padukone Selamat Lahirkan Anak Kedua pada Usia 40

Sekilas

  • Deepika Padukone dan Ranveer Singh kini bergembira dengan kelahiran anak perempuan kedua mereka pada 19 September 2026.
  • Pengumuman itu dibuat Deepika di Instagram dengan perkongsian kesan tapak kaki bayi dan nama anak sulung mereka, Dua, yang turut terlibat dalam pengumuman tersebut.
  • Pasangan selebriti Bollywood ini sebelum ini dikurniakan anak sulung, Dua, yang lahir pada September 2024 selepas enam tahun berkahwin.
Advertisement

Deepika Padukone dan suami, Ranveer Singh sedang berbahagia apabila keluarganya berkembang dengan kelahiran anak kedua.

Berita gembira itu dikongsi Padukone, 40,  kepada sekitar 78 juta pengikut merekamenerusi perkongsian di platform media sosial Instagram.

Advertisement

Menerusi perkongsian ringkas yang disertai dengan kad yang bercetak kesan tapak kaki bayi, pasangan selebriti Bollywood itu juga mengumumkan mereka dikurniai seorang lagi anak perempuan.

“Welcome Baby Girl! (Selamat Datang Anak Perempuan Kami) 19|9|2026 Dua. Deepika & Ranveer.”, tulis perkongsian tersebut.

Pengumuman tersebut juga mengesahkan anak kedua pasangan berkenaan dilahirkan pada 19 September 2026.

Padukone dan Ranveer, 41, mengumumkan mereka bakal menambah ahli keluarga baharu pada April lalu.

Untuk rekod, Deepika dan Ranveer sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Dua, yang dilahirkan pada September 2024.

Pengumuman istimewa itu turut menampilkan anak sulung mereka, Dua, yang memegang alat ujian kehamilan positif, sekaligus memberi indikasi dia bakal bergelar kakak tidak lama lagi.

Hantaran tersebut pantas tular dan menerima kira-kira 5.5 juta tanda suka, selain dihujani ribuan komen daripada peminat yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Mereka sebelum ini menyambut kelahiran anak sulung, Dua Padukone Singh, pada 8 September 2024 selepas enam tahun berkahwin.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement