Skip to main content

Selebriti

Dewa Arteh Akhirnya Berjaya Tunaikan Hasrat Arwah Bapa - “Kalau Abah Ada Mesti Abah Bangga Kan…”

Dewa Arteh Akhirnya Berjaya Tunaikan Hasrat Arwah Bapa - “Kalau Abah Ada Mesti Abah Bangga Kan…”

Sekilas

  • Dewa Arteh berkongsi rasa sebak kerana berjaya menunaikan hasrat arwah bapanya, Mr. Os, yang mahu dia menceburi industri seni.
  • Dewa kini membintangi filem pertamanya berjudul Orang Perang yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 1 Oktober 2026.
  • Filem Orang Perang turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Niezam Zaidi, Syazwan Zulkifli, dan Fauzi Nawawi serta diarahkan oleh Hashim Rejab.
Advertisement

Pelawak dan pelakon, Dewa Arteh meluahkan rasa sebak apabila akhirnya berjaya menunaikan hasrat arwah bapanya, Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr. Os untuk melihat dirinya menceburi industri seni.

Menerusi perkongsian di media sosial, Dewa berkongsi pesanan arwah bapanya yang pernah memintanya untuk menyertai bidang seni suatu ketika dahulu.

Advertisement

Menurut Dewa, ketika itu dia memilih untuk menolak hasrat berkenaan, namun kini dia akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke dunia lakonan dan membintangi filem pertamanya yang berjudul Orang Perang.

“Assalamualaikum Abah, abah adik nak cakap yang adik dah berlakon filem, adik dah ikut jejak abah, dulu abah minta adik masuk industri seni adik tolak, sekarang adik dah tunaikan,” kongsinya.

 



Dalam masa yang sama, Dewa juga berharap agar karya sulungnya itu mendapat sambutan baik daripada penonton selain mesej yang ingin disampaikan menerusi filem berkenaan dapat diterima masyarakat.

Advertisement

“Tapi tapi ini baru permulaan, 1 Oktober filem pertama adik keluar, filem berjudul Orang Perang.

“Semoga filem ini dan apa yang adik sampaikan diterima dengan baik oleh masyarakat, kalau abah ada mesti abah bangga kan,” coretnya.

Selain Dewa, Orang Perang turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Niezam Zaidi, Syazwan Zulkifli, Ammar Alfian, Fadli Masoot, Dewa Arteh, Izuan Razali, Adam Corrie, Hairi Safwan dan Fauzi Nawawi.

Turut membintangi filem ini ialah Razib Salimin, Kazar Sarsi, Azhan Rani, Pui Yi dan Vanida Imran.

Saksikan Orang Perang, arahan Hashim Rejab ini di pawagam seluruh negara mulai 1 Oktober 2026.

 

Anda mungkin berminat dengan

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Must Watch Video

Advertisement