Sekilas
- Pelawak Dewa Arteh mengumumkan isterinya, Nur Atiqah Aishah Jefri, selamat melahirkan anak mereka melalui video di media sosial.
- Dalam video tersebut, Dewa kelihatan gembira sambil memegang dan memandang anaknya dengan penuh kasih sayang.
- Rakan selebriti dan netizen turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini yang berkahwin pada 24 Ogos 2024.
Pelawak, Dewa Arteh mengucapkan rasa syukur apabila isterinya, Nur Atiqah Aishah Jefri selamat melahirkan cahaya mata mereka.
Berita gembira itu diumumkan oleh Dewa menerusi video pendek di platform media sosial miliknya.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan, Alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Teman dah jadi bapak chor, cer teka boy ke girl?”, coretnya.
Lebih manis lagi, video itu merakamkan Dewa sedang merangkul dan tersenyum sambil memandang anaknya.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen dan juga rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada Dewa dan isternya.
Antaranya Bella Astillah, Naqiu, Alya Iman, Joey Daud dan ramai lagi.
Sekadar info, Dewa atau nama sebenarnya Mohd Hafizul Mohd Yusof mendirikan rumah tangga dengan Atiqah pada 24 Ogos 2024.