Skip to main content

Hiburan

“Di Luar Nampak Tenang, Dalam Ada Seribu Satu Rasa” – Watie Hanifiah

“Di Luar Nampak Tenang, Dalam Ada Seribu Satu Rasa” – Watie Hanifiah

Sekilas

  • Watie Hanifiah berkongsi perasaan emosi yang sukar selepas hampir lima bulan melahirkan anak, Akira.
  • Dia mengalami pelbagai rasa yang kadang-kadang membuatkan dia rasa mahu muntah, walaupun kelihatan tenang di luar.
  • Watie memilih untuk terus kuat dan tenang demi anaknya walaupun melalui fasa yang mencabar ini.
Advertisement

Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah berkongsi luahan mengenai emosi yang masih dirasainya selepas hampir lima bulan melahirkan cahaya mata, Akira.

Menerusi perkongsian di Threads, Watie mengakui meskipun kelihatan tenang di luaran, dirinya masih melalui pelbagai perasaan yang sukar digambarkan sehingga tertanya-tanya sama ada keadaan tersebut turut dialami ibu lain selepas bersalin.

“Di luar nampak tenang, di dalam punya seribu satu rasa.

“Siapa ibu yang lepas bersalin sampai sekarang anak nak masuk lima bulan pun masih ada rasa sebegini? Adakah sebab bayi masih menyusu badan? Berapa lama rasa macam ini akan ada?” katanya.

Watie turut mengakui ada ketika perasaan tersebut menjadi begitu kuat sehingga membuatkannya terasa seperti mahu muntah.

“Kenapa rasa ini wujud selepas kita melahirkan? Rasa yang susah nak diungkap, kadang-kadang sampai rasa nak termuntah,” ujarnya.

Bagaimanapun, setiap kali melihat Akira, Watie berkata dia kembali menguatkan diri dan memilih untuk melalui fasa tersebut dengan tenang demi anaknya.

“Tapi bila pandang ‘anak’, hati terus terdetik, kalau inilah harga yang harus Mummy bayar selepas mendapatkan seketul Akira, tak apalah Mummy tempuh dengan tenang,” katanya.

fdg



Terdahulu, Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah selamat bersalin di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara pada April lalu.

Untuk rekod, Watie dan Shuib berkahwin pada 23 Jun 2023.

Shuib juga memiliki empat anak hasil perkahwinan dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 15;Dzahira Talita Zahra, 13; Ariq Matin, 10 dan Ayash Affan, 5.

Advertisement

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

BZU BZU VelvetBreeze Baby Diapers Pants Carton Deals (4 Packs)

BZU BZU VelvetBreeze Baby Diapers Pants Carton Deals (4 Packs)

Must Watch Video

Advertisement