Skip to main content

Hiburan

“Di mana Diri Ini Kurang, Kau Mengisi…” - Suami Titip Ucapan Romantik Buat Mira Filzah

Suami Mira Filzah

Sekilas

  • Wan Emir Astar berkongsi ucapan romantik sempena ulang tahun perkahwinan keenam bersama Mira Filzah di TikTok.
  • Dia menekankan erti cinta yang saling melengkapi walaupun ada kekurangan dan kelebihan dalam hubungan mereka.
  • Wan Emir turut meluahkan rasa syukur atas rahmat dan redha Allah sepanjang enam tahun perkahwinan mereka.
Advertisement

Ucapan romantik suami kepada pelakon Mira Filzah, Wan Emir Astar sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam mencuri perhatian wargamaya.

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di TikTok, Wan Emir menitipkan ucapan penuh makna buat isterinya selain berkongsi tentang erti cinta yang dilalui mereka sepanjang enam tahun mendirikan rumah tangga.

 

“Enam tahun sudah, kekasihku @Mira Filzah 🌹 Semakinku mengerti… cinta itu tidak selalunya banyak bicara. Ada masa cukup dengan satu pandangan, satu genggaman, atau sekadar berada di sisi. 

Advertisement

 

“Tanpa sepatah kata, ku tahu bila dirimu sedang lelah, bila hati sedang berat, dan bila diperlukan hanyalah untuk tetap ada. Yang sama dari mu buat diriku,” kongsinya. 

 

Menurut Wan Emir, keindahan hubungan mereka terletak pada bagaimana mereka saling melengkapi antara satu sama lain, meskipun masing-masing mempunyai kekurangan dan kelebihan.

 

“Nur Amirah kekasihku, mungkin itulah keindahan bahasa cinta kita. Pencipta kita menemukan dua jiwa dengan segala kurang dan lebihnya, lalu mengajar kita untuk saling melengkapi. 

 

“Di mana diri ini kurang, kau mengisi. Sewaktu jiwamu lelah, ku jadi sandaran buatmu. Dan dalam perjalanan ini, kita belajar bahawa cinta bukan tentang menjadi sempurna; ‘but continue to choose to be with one another; the imperfectly perfect us, every single day, until the end of time’,” ujarnya. 

 

Dalam perkongsian sama, Wan Emir turut meluahkan rasa syukur kerana sepanjang enam tahun perkahwinan, mereka sentiasa berada di bawah rahmat dan reda Allah SWT.

 

“Enam tahun ini — Alhamdulillah — dalam segala ceritanya, Dia sentiasa memayungi kita dengan rahmat dan redha-Nya. Doaku semoga Allah terus membimbing langkah kita, menjaga hati kita, memberkati keluarga kita, dan menjadikan segala cinta, perjuangan dan pengorbanan kita di dunia sementara sebagai bekal untuk bertemu kembali di negeri abadi.

 

“Selamat ulang tahun perkahwinan yang keenam, Nur Amirah Filzah… kekasihku, permaisuri bidadariku. Selagi Allah mengizinkan, genggam erat tangan kita di dunia hingga ke Syurga menanti.. 💍,” katanya lagi. 

 

Untuk rekod, Wan Emir mendirikan rumah tangga dengan Mira Filzah pada pada 3 September 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Wan Khair Amir. 

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

JEEL Kurti & Pant Set - Ready Stock | Soft Material | Assorted Designs & Colours | Premium Material |

JEEL Kurti & Pant Set - Ready Stock | Soft Material | Assorted Designs & Colours | Premium Material |

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

Must Watch Video

Advertisement