Skip to main content

Viral

"Dia Risau I Menyesal Tak Sudah If Gugurkan This Baby" - Ayuni Akui Trauma Kehamilan Lalu, Dengar Nasihat Doktor Elak Tekanan & ...

ayuni_pregnant

Sekilas

  • Anees Ayuni berkongsi kehamilan berisiko selepas melahirkan secara pembedahan beberapa bulan lalu, dengan perasaan gembira dan trauma bercampur.
  • Doktor menasihatkan Ayuni untuk meneruskan kehamilan dan memberi jaminan pemantauan rapi bagi mengelak komplikasi seperti kelahiran pramatang.
  • Ayuni dilarang melakukan aktiviti berat dan stres, serta menerima sokongan dan doa untuk perjalanan kehamilan yang selamat.

Ayuni Dedah Kehamilan Berisiko, Pernah Terfikir Gugur Kandungan Kerana Trauma Kehamilan Lalu

Pempengaruh dan usahawan, Anees Ayuni berkongsi keadaan emosinya setelah disahkan hamil semula, hanya beberapa bulan selepas melalui kelahiran secara pembedahan (C-zer).

Menerusi kenyataan di media sosial, Ayuni mendedahkan kehamilan kali ini datang dengan pelbagai perasaan bercampur baur termasuk gembira, takut dan trauma lama yang belum hilang.

Menurut Ayuni, dia berasa tidak sedap hati dan sering bermimpi tentang bayi, sebelum akhirnya membuat ujian kehamilan dan mendapat keputusan positif.

“I crying kejap i cakap kat doctor i keep mimpi i bersalin and i love the baby so much sebab itu i terniat nak check pregnant, and turn out its positif,” tulisnya.

Doktor turut meminta Ayuni meneruskan kehamilan dan memberi jaminan akan melakukan pemantauan rapi.

“Terus Gynae cakap, Ayunie keep it, it’s your rezeki, Doctor akan pantau closely and please have a good pregnancy this time jangan depression macam dulu.

“Dulu adalah worst pregnancy memang i tak nak pregnant. Tapi this time Doctor i pun rasa apa i rasa. Doctor cakap, dia risau i menyesal tak sudah if i gugurkan this baby.

“He pakar on baby premature since semua anak i prematured. Last time i czer on 34 weeks bcos of leaking,” jelasnya,” dedahnya.

Disebabkan risiko sejarah kehamilan, Ayuni menerima nasihat ketat daripada doktor termasuk larangan melakukan aktiviti berat dan mengelak tekanan.

“No travel, no high pressure, no stress at all sbb this pregnancy risky, boleh menyebabkan premature birth sekali lagi.

“So he give me a lot of good tips, bg i feel loved and blessed. Terus i kuat. I doa i minta dgn Allah please take care of this journey. Allah ada,” katanya.

Must-Watch Video

Advertisement