Skip to main content

Hollywood

Dibayar RM40 Juta, Justin Bieber Nyanyi Buka Laptop Macam Sesi Karaoke di Festival Coachella

Astro Gempak bieber coachella

Sekilas

  • Justin Bieber membuat kemunculan semula di festival Coachella 2026 selepas lama tidak mengadakan konsert, menerima bayaran tertinggi sebanyak RM40 juta untuk satu hari persembahan.
  • Persembahan Bieber mendapat pelbagai reaksi, ada yang memuji keunikan dan nostalgia, manakala segelintir mengkritik kerana menggunakan muzik latar dan video YouTube seperti sesi karaoke.
  • Kali terakhir Bieber mengadakan konsert adalah pada tahun 2022 menerusi Justice World Tour sebelum tampil di Coachella hujung minggu lalu.
Advertisement

Festival muzik terkenal, Coachella yang berlangsung hujung minggu lalu meninggalkan banyak cerita terutama mengenai barisan pemuzik dan artis yang membuat persembahan.

Salah seorang penyanyi yang menjadi perbualan hangat dan diberitakan oleh hampir semua media massa antarabangsa adalah Justin Bieber.

Advertisement

Hal ini kerana Bieber diketahui telah lama tidak membuat persembahan atau melakukan konsert, maka kemunculannya di Coachella menjadi buah mulut paling hangat.

Bintang berusia 32 tahun itu juga dilaporkan menjadi pemuzik yang menerima bayaran paling mahal untuk muncul di Coachella dalam edisi 2026.

Bieber didakwa menerima bayaran sebanyak RM40 juta hanya untuk muncul sehari di pentas festival yang berlangsung di Indio, Califirnia itu.

Bagaimanapun kemunculan Bieber menerima beragam komen. Pada saat ramai yang menyifatkan persembahan Bieber termasuk tampil dengan ‘versi kecil’ di internet dan dirinya di pentas sebagai sesuatu yang menarik, ada segelintir pula menyifatkan penyanyi itu pemalas, lapor Yahoo!.

Suami Hailey Bieber itu dilihat membuka laptop sebelum mendendangkan hitnya seperti  Baby, Never Say Never dan Beauty and the Beat di YouTube, sambil menyanyi dengan muzik latar yang dimainkan pada video lagu-lagu tersebut seperti sedang melakukan sesi karaoke.

Tindakan tersebut membuat segelintir peminat berasa Bieber tidak layak menerima bayaran termahal dengan persembahan yang tidak megah dan mempunyai banyak usaha seperti penampilan penyanyi lain.

“Saya hampir menangis. Ini persembahan paling malas pernah saya saksikan. Bieber hanya menyanyi dengan muzik latar dan video yang ditayangkan daripada YouTube lama,” cuit seseorang di akaun X.

Bagaimanapun ada yang menyifatkan persembahan Bieber sebagai unik dan dengan usaha yang kecil dia tetap meninggalkan impak serta nostalgia tersendiri kepada peminat.

Kali terakhir Bieber melakukan konsert adalah pada tahun 2022 menerusi rangka Justice World Tour.

Anda mungkin berminat dengan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Must Watch Video

Advertisement