Skip to main content

Hiburan

Didakwa Culas, Shuk Sahar Kongsi Bukti Bayar Nafkah Anak RM1,000 - “Ini Yang Termampu…”

ShuK Sahar

Sekilas

  • Pelawak Shuk Sahar berkongsi bukti dia memberi nafkah RM1,000 sebulan untuk anak perempuannya, Elaine Nada, dari Ogos hingga November tahun ini.
  • Shuk menjelaskan jumlah itu adalah yang termampu kerana dia juga mempunyai dua anak lain dari perkahwinan pertama.
  • Bekas isteri Shuk, Fara Salleh, sebelum ini mendakwa Shuk culas bayar pendaftaran tahunan taska anak mereka sebanyak RM1,540.
Advertisement

Susulan dakwaan bekas isteri, Fara Salleh di sosial media, pelawak Shuk Sahar dilihat memuat naik paparan skrin bukti dia ada memberi nafkah untuk anak mereka.

 

Advertisement

Menerusi Instastory, Shuk meluahkan rasa syukur kerana masih mampu untuk memberi rezeki kepada anak perempuannya, Elaine Nada. 

 

Shuk berkata dia hanya mampu memberi jumlah itu memandangkan masih mempunyai dua orang lagi anak hasil perkahwinan pertama dengan Rossalennah Natassyiah atau Rossa Sera. 

Advertisement

 

“Alhamdulillah masih mampu bagi rezeki pada anak. Ini yang termampu. Ada dua lagi anak tau,” kongsinya. 

 

Paparan skrin itu menunjukkan Shuk membayar RM1,000 dari Ogos sehingga November tahun ini. 

 

Sebelum ini, Fara menerusi Instastory mendakwa Shuk culas dalam menyelesaikan bayaran pendaftaran tahunan taska anak mereka berjumlah RM1,540. 

 

Fara berkata dia tidak meinta jumlah yang besar malah sanggup menanggung baki kos pendaftaran tersebut jika bekas suaminya itu melunaskan bayaran. 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement