Skip to main content

Hiburan

Didakwa Tak Buat Kerja, ‘Babysitter’ Kongsi Pengalaman Mengasuh Anak Selebriti - “Beberapa Hari Sebelum…”

Nanny Travel

Seorang wanita berjaya mencuri perhatian netizen selepas berkongsi pengalamannya bekerja sebagai pengasuh kepada anak seorang pempengaruh dan selebriti terkenal.

Menerusi perkongsian di platform Threads, wanita tersebut mendedahkan bahawa dia telah diupah oleh pasangan berkenaan untuk menjaga anak mereka selama beberapa hari ketika mereka bercuti di Jakarta, Indonesia.

“Saya bekerja sebagai pengasuh peribadi selama lima tahun, saya ada sijil (basic infant & child care training). Baru-baru ini, pasangan ‘influencer’ itu menghubungi saya untuk menjadi travel nanny mereka selama empat hari di Indonesia sebelum meneruskan perjalanan ke Eropah.

“Beberapa hari sebelum kami berlepas, si ibu menghantar mesej kepada saya:‘Anak saya sekarang tak nak dengan orang. Jadi saya akan handle dia, tapi saya perlukan awak untuk assist saya sepanjang trip nanti. Kalau saya nak ke tandas dan sebagainya, saya akan pass baby dekat awak,” tulisnya. 

Menurutnya, dia menerima tawaran tersebut dan segala urusan pada awalnya berjalan lancar sehinggakan pasangan itu berhasrat membawanya terbang ke Eropah untuk tugasan yang sama.

Namun, keadaan berubah selepas wanita tersebut mendapati si suami membuat satu ‘review’ di media sosial mendakwa pengasuh itu tidak menjalankan tugas dengan baik.

Malah, lelaki berkenaan turut mengatakan bahawa sepanjang percutian mereka, hampir semua kerja dilakukan oleh isterinya sendiri.

“Hari nak balik. Flight to KUL is around 6pm. Pagi-pagi i already done with my luggage and have some more rest cuz the baby still sleeping. Lepas breakfast terus check out and jejak mall to shopping. (Which later i found out they 'review' my service on thread " tak buat keje, main fon & sleeping. Ended up my wife did all the work that supposed to be done by her (me),” kongsinya. 

Berikut merupakan perkongsian penuh wanita tersebut:




Bagaimanapun, sepanjang perkongsian tersebut wanita berkenaan tidak menyebut mana-mana nama.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pendedahan tersebut.

Tidak kurang juga yang mula membuat pelbagai spekulasi dan meneka siapakah pasangan selebriti yang dimaksudkan.

SS Komen

Must-Watch Video

Advertisement