Skip to main content

Hiburan

Luar Biasa! Syahrini Datang Pestapora Sambil Tunggang Kuda

Luar Biasa! Syahrini Datang Pestapora Sambil Tunggang Kuda

Sekilas

  • Syahrini mencuri tumpuan netizen apabila hadir ke Pestapora 2026 dengan menunggang kuda di Jiexpo Kemayoran, Jakarta.
  • Video kemunculannya yang unik dan penuh gaya menjadi viral serta menghiburkan ramai di media sosial.
  • Syahrini dijangka membuat kemunculan pentas selepas hampir tujuh tahun berehat pada hari terakhir Pestapora 2026, yang berlangsung dari 25 hingga 27 September 2026.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Syahrini mencuri perhatian netizen selepas hadir ke acara muzik Pestapora 2026 dengan menunggang kuda di Jiexpo Kemayoran, Jakarta.


Syahrini, atau nama lengkapnya Rini Fatimah Jaelani, dilihat menunggang kuda ketika menuju ke lokasi acara sambil diawasi oleh beberapa pengawal peribadi.

Advertisement


Menerusi video yang tular di media sosial, pelantun lagu Sesuatu itu turut sempat melambai tangan kepada pengunjung yang berada di sekitar lokasi.


Aksi tersebut nyata mengundang perhatian ramai, malah rata-rata netizen terhibur melihat kemunculan Syahrini yang sememangnya sinonim dengan gaya tersendiri dan penuh kejutan.


“Bukan Incess namanya klo ga gubrak-gubrak jeng-jeng😍😍😍”

Advertisement

“Ya Allah ada aja yah 😂 lucu pisan sih.”

“Ada lagi gebrakannya naik kuda. Besssttt Inceesss!”

“Hiburan ku telah kembali, terima kasih Bu Incess❤️

“Gen Z jangan kaget ya.. Inces kita emang selalu gubrak-gubrak jeng-jeng-jeng😂😂😂😍”

Selepas hampir tujuh tahun berehat daripada persembahan pentas, Syahrini dijadualkan membuat kemunculan di pentas Pestapora 2026 pada hari terakhir acara, Ahad, 27 September 2026.

Pestapora 2026 berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 September 2026 dengan menampilkan barisan penyanyi dan kumpulan muzik popular Indonesia.

Antara nama yang turut menghiburkan pengunjung ialah Mahalini, Rizky Febian, Juicy Luicy, Inul Daratista, Ari Lasso dan Sheila On 7.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement