Skip to main content

Selebriti

Adab Yang Tak Boleh Dilakonkan, Nourul Depp Turut Puji Siti Nurhaliza - “Dari Hari Pertama Saya Kenal Dia…”

Adab Yang Tak Boleh Dilakonkan, Nourul Depp Turut Puji Siti Nurhaliza - “Dari Hari Pertama Saya Kenal Dia…”

Sekilas

  • Nourul Depp memuji adab dan sikap sopan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, yang dianggap tulen dan patut dijadikan contoh generasi muda.
  • Beliau mengagumi keperibadian Siti sejak pertemuan pertama dan gembira ramai kini dapat melihat kebaikan figura kesayangan ramai itu.
  • Siti mendapat perhatian selepas memimpin tangan penulis lirik Datuk Habsah Hassan ke pentas menerima anugerah Lagu Tradisional Terbaik di AIM25.
Advertisement


Pelakon, Nourul Depp menggangap adab yang dipamerkan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza ketika menerima sebuah anugerah di Anugerah Industri Muzik (AIM25) bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat atau dilakonkan.

Menerusi perkongsian di Threads, Nourul berkata sikap Siti itu sememangnya layak dijadikan contoh buat orang ramai terutama ganerasi akan datang.

Advertisement

“Siapa yang tak suka atau kurang senang dengannya, akan menjadi lemah apabila melihat adab sopan dan baiknya. Ini tidak bisa dilakonkan. Ini semua semula jadi. 

“Rezeki si ibu yang melahirkan, tuah suami yang memilikinya, contoh terbaik buat anak-anaknya,”tulisnya.

Dalam masa sama, Nourul berkata sejak hari pertama pertemuannya bersama Siti, dia amat mengagumi sikap keperibadian figura kesayangan ramai itu. 

Advertisement

Malah, dia gembira kerana semakin ramai yang telah menyaksikan sendiri sikap baik Siti, selain mengucapkan tahniah atas kemenangannya itu.

“Saya dari hari pertama kenal figura ini, saya hormati kesopanannya dan kebaikannya. Alhamdulillah lebih banyak mata melihat siapa dia sebenarnya. Contoh terbaik buat generasi kini. Syabas Siti. Tahniah atas kemenangan dan syabas atas sikap mu ini,”ujarnya.

Sebelum ini, Siti mencuri perhatian ramai selepas berpatah balik untuk memimpin tangan penulis lirik, Datuk Habsah Hassan untuk naik ke pentas bagi menerima anugerah Lagu Tradisional Terbaik di AIM25.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement