Skip to main content

Hiburan

Digandingkan Dengan Nabila Huda, Hun Haqeem Anggap Mimpi Jadi Realiti - “Saya Memang Tidak…”

ASTROGEMPAK Hun Haqeem

Sekilas

  • Pelakon Hun Haqeem teruja dapat bergandingan dengan Nabila Huda dalam drama Viu Original, Cela.
  • Hun memuji sikap mesra dan mudah bergaul Nabila yang membuatkan mereka cepat mencari keserasian lakonan.
  • Drama Cela turut menampilkan pelakon lain seperti Zarif Ghazzi dan Datuk Seri Eizlan Yusof, dan akan ditayangkan mulai Ogos depan.
Advertisement

Pelakon, Hun Haqeem meluahkan rasa teruja apabila impiannya untuk bergandingan dengan aktres, Nabila Huda akhirnya menjadi kenyataan menerusi drama bersiri Viu Original berjudul Cela.

 

Advertisement

Menurut Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, peluang berkongsi set bersama Nabila merupakan antara detik yang paling dinantikan sepanjang bergelar pelakon.

 

"Boleh saya katakan, dapat berlakon dan bekerjasama dengan Nabila Huda ibarat mimpi menjadi realiti. Saya memang tidak sangka dan tidak pernah menjangka peluang itu akhirnya tiba.

Advertisement

 

"Dia seorang pelakon yang sangat hebat dan saya berharap kami dapat bergandingan sekali lagi pada masa akan datang,” katanya kepada Gempak. 

 

Hun berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Cela yang diadakan di DSH Villa, Hulu Langat, baru-baru ini.

 

Berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran, Hun mengakui dia pada awalnya menjangkakan akan berasa gementar untuk berlakon bersama Nabila, namun tanggapan tersebut ternyata meleset.

 

"Perasaan takut itu tidaklah begitu kuat kerana apabila berjumpa dengannya, dia seorang yang sangat mudah membuatkan orang di sekeliling berasa selesa.

 

"Saya juga melihat dia sangat mesra dan sering bergelak ketawa bersama kru serta pasukan produksi. Sikap itu membuatkan saya semakin mengaguminya,” ujarnya. 

 

Dalam pada itu, pelakon berusia 28 tahun ini mengakui dia tidak mengalami kesukaran untuk mencari keserasian bersama Nabila di hadapan kamera.

 

"Dari segi lakonan, sangat mudah untuk kami mencari keserasian. Agak sukar untuk saya jelaskan bagaimana itu berlaku, tetapi mungkin disebabkan kami selesa antara satu sama lain, jadi chemistry itu hadir secara semula jadi.

 

"Setiap adegan yang kami jayakan terasa lebih mudah, ditambah pula dengan bimbingan pengarah, Feroz Kader yang banyak membantu kami sepanjang penggambaran,” katanya. 

 

Selain Hun dan Nabila, Cela turut dibintangi Zarif Ghazzi, Datuk Seri Eizlan Yusof, Lisdawati serta ramai lagi. Drama terbitan Viu Original itu dijadualkan menemui penonton bermula Ogos depan.

Anda mungkin berminat dengan

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

Must Watch Video

Advertisement