Skip to main content

Viral

Dikecam Nyanyi Semula Lagu Syamel, Kelly Azman Minta Jangan Buat Perbandingan - "Vokal Kami Berbeza, Tapi Penghayatan..."

Astro Gempak kelly

Sekilas

  • Penyanyi Kelly Azman menjadi perhatian selepas memuat naik video cover lagu Hamba Cinta yang menerima pelbagai reaksi, termasuk komen negatif dari netizen.
  • Kelly mengakui sedar dengan kritikan tetapi memilih untuk tidak melayan komen buruk dan menegaskan penghayatannya berbeza dengan penyanyi asal, Syamel.
  • Walaupun dikecam, Kelly terus aktif membuat persembahan dan fokus pada komitmen kerjanya sepanjang Ramadan ini.
Advertisement

Penyanyi versatil Kelly Azman sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuat naik video dirinya menyanyikan semula lagu Hamba Cinta nyanyian asal Syamel.

Video cover yang dikongsikan di media sosial itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi, termasuk komen pedas daripada segelintir netizen yang kurang senang dengan persembahan tersebut. Antara komen yang tular berbunyi; “telinga aku sakit dengar u nyanyi!”

Advertisement

Tidak berdiam diri, Kelly mengakui dia sedar dengan kecaman yang diterima, namun memilih untuk tidak terlalu memikirkan komen negatif.

“Saya sebenarnya malas nak layan komen buruk netizen. Bagi saya, jika semakin kita layan, mereka akan lebih menjadi-jadi.

"Kenapa orang nak bandingkan saya dengan penyanyi asal? Vokal saya dan Syamel mungkin berbeza tapi saya rasa penghayatan kami berada dalam kelas tersendiri,” katanya.

Menurut Kelly, kritikan yang diterima tidak menjejaskan semangatnya untuk terus berkarya.

Malah dia melihat perkara tersebut sebagai asam garam dunia hiburan, apatah lagi dalam era media sosial di mana setiap perkara mudah menjadi perhatian ramai.

Tambahnya lagi, jadual kerjanya juga agak padat sepanjang Ramadan ini dan dia lebih memilih untuk fokus kepada komitmen persembahan yang telah diatur.

Walaupun menerima kecaman di media sosial, Kelly tetap aktif membuat persembahan bersama penyanyi dangdut Ani Maiyuni di St. Giles Boulevard Hotel Kuala Lumpur berhampiran Mid Valley Megamall.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Must Watch Video

Advertisement