Skip to main content

Hiburan

Dikritik Gara-Gara Anggap Neelofa Sebagai ‘Orang Suci’, Ini Respons Saby Rose - “Maaflah Salah Kata”

Saby Rose

Ringkasan AI

  • Saby Rose berkongsi pengalaman duduk sebelah Neelofa dan suami di program Aku Perlukan Mu, Ya Rabb, Aku Penat baru-baru ini.
  • Dia menggambarkan Neelofa sebagai 'orang suci' dan berharap dapat istiqamah serta menjadi isteri yang mendapat barakah.
  • Perkongsian itu mendapat kritikan netizen yang merasakan istilah 'orang suci' tidak sesuai digunakan untuk manusia biasa.
  • Netizen mencadangkan agar Saby menggunakan istilah yang lebih tepat seperti 'orang baik' dan menukar kapsyen tersebut.
  • Saby menjelaskan maksud 'suci' dalam konteksnya adalah hati yang bersih dan memohon maaf jika perkataan itu menimbulkan salah faham.

Perkongsian pempengaruh media sosial Saby Rose yang menggambarkan usahawan dan selebriti Neelofa sebagai ‘orang suci’ mengundang pelbagai reaksi netizen.

 

Menerusi perkongsian Saby di Threads, dia rasa bersyukur dapat berada di sebelah Neelofa dan suami, Haris Ismail ketika menghadiri program Aku Perlukan Mu, Ya Rabb, Aku Penat pada Sabtu lalu. 

 

“Saya macam tak percaya duduk sebelah vibe orang yang suci macam ini rasa. Terima kasih kepada abang Anas Zahrin taja tiket VIP auto jumpa Lofa!

 

“Doakan saya istiqamah, seronok tengok keluarga bahagia kejar agama. Saya nak jadi isteri syurga, yang dapat barakah,” kongsi Saby. 

 

Perkongsian itu mendapat respon netizen yang rata-ratanya kurang senang dengan ayat ‘orang suci’ memandangkan perkataan itu tidak sesuai untuk digunakan.  

 

“Orang yang ‘suci’? Oh awak tak patut menyempah orang sampai macam itu? Kedua-dua mereka hanya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan.

 

“Saya rasa daripada ‘orang suci’ baik tukar kepada ‘orang baik’.

 

“Tolong la dik… yang mudah label orang suci. Jangan teruja sangat. Mungkin boleh padam perkongsian ini dan buat kapsyen yang lebih baik,” komen beberapa netizen. 

 

Bagaimanapun Saby menjelaskan perkataan suci itu membawa banyak maksud dan baginya ia merujuk kepada orang yang bersih hati. 

 

“Korang chatgpt maksud suci banyak. Kita cakap ‘suci’ kita maksud orang yang bersih hati. Kita doakan saja setiap semua orang hati yang bersih, baik hati. 

 

“Kita letak ketepi segala keburukan. Maaflah salah kata,” katanya. 

Must-Watch Video

Advertisement