Skip to main content

Hiburan

Dilabel ‘Nepo Baby’? Odda Tegaskan Tak Guna ‘Kabel’ Keluarga - “Saya Tetap Hadir Uji Bakat”

Odda

Sekilas

  • Odda menafikan dakwaan sebagai ‘nepo baby’ dan menegaskan kejayaannya hasil usaha sendiri tanpa menggunakan pengaruh keluarga.
  • Beliau mengingatkan agar tidak membandingkan perjalanan seni dirinya yang masih muda dengan ibunya yang sudah lama dalam industri.
  • Odda baru sahaja melancarkan single pertama berjudul Gelanggang Rasa yang menggabungkan irama pop kontemporari dan elemen R&B.
Advertisement

Penyanyi muda, Odda menepis tanggapan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai ‘nepo baby’ hanya kerana dirinya merupakan anak kepada pasangan selebriti, Sharifah Shahirah dan Azhari Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Ijoy.

Menurut Odda atau nama sebenarnya Auddra Zulkifli, setiap peluang yang diterimanya bukan datang bergolek, sebaliknya datang menerusi usaha dirinya sendiri tanpa menggunakan pengaruh keluarga.

Advertisement

“Sebenarnya banyak orang kata saya ‘nepo baby’, katanya dapat kerja dengan mudah tetapi hakikatnya tidak.

“Orang cakap saya ‘nepo baby’ tetapi realitinya saya tetap hadir sesi uji bakat. Mereka kata, anak Sharifah Shahirah mesti akan dapat macam-macam tetapi tidak pun.

“Sekarang saya melalui perkara sama mak saya rasa dulu seperti kena marah di set penggambaran tetapi saya okey dan terima sahaja, angguk dan geleng kepala,” katanya kepada Gempak.

Odda berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya yang berjudul Gelanggang Rasa bertempat di Ideas Kuala Lumpur, pada Selasa.

Dalam masa yang sama, alumni program Talk To My Manager (TTMM) itu berpendapat perbandingan antara dirinya dengan ibunya tidak wajar dilakukan kerana masing-masing berada pada fasa perjalanan seni yang berbeza.

Malah, Odda turut mengingatkan artis baharu supaya sentiasa bersikap terbuka menerima teguran sepanjang berada dalam industri.

“Saya selalu pesan kepada artis baharu lain, amalkan konsep angguk-angguk dan geleng-geleng.

“Sebenarnya perjalanan seni saya tidak mudah seperti yang orang lihat. Banyak kerja keras di sebalik semua ini. Kalau saya ‘nepo baby’ sekali pun, tak mungkinlah saya lahir terus ada kehidupan sempurna.

“Kemudian, jangan sesekali bandingkan perjalanan seni saya dengan artis lain. Contohnya bandingkan saya dengan mama yang sudah berusia 51 tahun.

“Tidak sepatutnya sebab saya baru berusia 17 tahun, jadi semua perlu bertenang dan beri ruang,” jelasnya.

Mengulas mengenai kecaman yang diterima, Odda mengakui dirinya sudah lali menerima komen negatif memandangkan keluarga sendiri sudah lebih awal bersikap jujur terhadap kelemahan yang dimilikinya.

“Sebelum orang ramai cakap saya tak boleh menyanyi, keluarga sudah beritahu dulu perkara tersebut.

“Sebab itu kalau ada kecaman, saya okey dan hadap saja sekarang ini,” katanya lagi.

Terbaharu, Odda baru saja melancarkan single pertamanya yang berjudul Gelanggang Rasa.

Menampilkan gabungan irama pop kontemporari dan elemen R&B, Gelanggang Rasa merupakan hasil ciptaan Micu Ellis dan Mingaling, manakala lirik ditulis oleh Micu Ellis bersama Aril Armani.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement