Skip to main content

Selebriti

Dilema Antara Menyewa & Beli Rumah, Ini Pandangan Farah Lee - “Ramai Orang Akan Cakap Rugi Tak Beli Rumah Masa Muda, Tapi…”

Dilema Antara Menyewa & Beli Rumah-Ini Pandangan Farah Lee

Ringkasan AI

  • Aktivis dan personaliti media sosial Farah Lee berkongsi pandangan tentang dilema menyewa atau membeli rumah dalam kalangan orang muda.
  • Farah menegaskan menyewa masih relevan jika belum bersedia atau belum menetapkan lokasi untuk tinggal jangka panjang.
  • Beliau menasihatkan supaya elak membuat pinjaman rumah yang melibatkan riba kerana ia lebih merugikan dari segi agama.
  • Farah berkongsi pengalamannya yang masih belum memiliki rumah pada usia 36 tahun dan sedang berusaha melangsaikan pinjaman kereta.
  • Beliau berharap agar rezeki yang diperoleh adalah halal dan diberkati walaupun sekadar cukup untuk keperluan harian.

Aktivis dan personaliti media sosial, Farah Lee tampil memberikan pandangan mengenai dilema antara menyewa atau membeli rumah, terutamanya dalam kalangan orang muda

Menurut Farah, pilihan untuk menyewa masih relevan selagi individu belum bersedia atau belum menetapkan lokasi untuk menetap dalam jangka masa panjang.

“Sewa, selagi mana belum decide nak settle down kat mana and cukup cash hehe. Ramai orang akan cakap rugi tak beli rumah muda muda tapi kalau sampai terpaksa buat loan, kita dah terlibat dengan riba, lagi rugi dekat akhirat nanti,” kongsinya.

Farah memberikan pandangannya sebagai respon kepada soalan aktivitis, Haroq di platform Threads yang bertanya mengenai hal itu.

“Sekarang ni, terfikir nak beli rumah tapi kitanya suka travel. Hmmm macam mana ek? Ke sewa je lebih baik!? Apa pendapat anda? Bantu saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Farah turut mengakui bahawa pada usia 36 tahun, dia masih belum memiliki rumah sendiri.

Sebaliknya, dia kini berusaha melangsaikan pinjaman sedia ada demi mengamalkan gaya hidup bebas riba.

“Sekian nasihat seorang akak yang umur 36 masih belum ada rumah sendiri dan tengah kerja keras untuk settlekan loan kereta asap untuk elak hidup dalam riba. Moga sentiasa ada barakah dalam rezeki yang halal wpun sekadar cukup makan,” tulisnya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement