Skip to main content

Hollywood

Dilihat Sukar Bergerak, Nyanyian Dipersoal, Peminat Bimbang Tahap Kesihatan Mariah Carey

Dilihat Sukar Bergerak, Nyanyian Dipersoal, Peminat Bimbang Tahap Kesihatan Mariah Carey

Sekilas

  • Mariah Carey dilihat menghadapi kesukaran bergerak dan memerlukan bantuan penari latar semasa konsert Christmas Time Tour 2026 di São Paulo, Brazil.
  • Penonton dan peminat di media sosial meluahkan kebimbangan mengenai keadaan fizikal dan keaslian persembahan vokalnya yang didakwa lebih bergantung pada rakaman.
  • Beberapa video menunjukkan Carey berjalan dengan langkah perlahan dan kekok, namun penyanyi itu belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keadaan kesihatannya.
Advertisement

Penampilan penyanyi legenda, Mariah Carey ketika menjayakan konsert di São Paulo, Brazil, baru-baru ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat apabila dia dilihat mengalami kesukaran untuk berjalan dan bergerak di atas pentas.

Kebimbangan tersebut disuarakan ramai peminat di media sosial selepas melihat beberapa potongan video persembahan Carey yang tular di media sosial.

Advertisement

Carey waktu itu membuat persembahan sempena Christmas Time Tour 2026 di Nubank Parque namun dilihat berjalan dengan langkah perlahan sambil mendapatkan bantuan daripada penari latarnya.

Bintang berusia 57 tahun itu  tampil anggun dalam persalinan gaun labuh berpayet emas dilihat memerlukan bantuan untuk bergerak menuju ke bahagian tengah pentas ketika menyampaikan lagu popularnya, Fantasy.

Malah, beberapa penari latar turut mengelilinginya sebelum membantu penyanyi itu melakukan beberapa pergerakan koreografi, termasuk ketika tubuhnya disandarkan ke belakang dan kakinya diangkat.

Advertisement

Keadaan tersebut mengundang pelbagai reaksi penonton yang mula mempersoalkan keadaan fizikal penyanyi lagu We Belong Together itu, selain cara persembahannya yang didakwa lebih banyak bergantung kepada rakaman vokal berbanding nyanyian secara langsung.

Ada juga peminat yang meluahkan rasa bimbang selepas melihat Carey seolah-olah sukar bergerak tanpa bantuan penari latarnya, lapor Page Six.

“Ini menyedihkan. Berehatlah atau bersara dan berikan tumpuan kepada diri sendiri,” komen seorang pengguna media sosial.

“Dia baru berusia 57 tahun. Mengapa pergerakannya kelihatan seperti seseorang yang jauh lebih berusia?” tulis seorang lagi.

“Fakta  dia memerlukan bantuan seperti itu, tetapi ia seolah-olah dijadikan sebahagian daripada persembahan, membuatkan saya tertanya-tanya sama ada sesuatu sedang berlaku,” komen pengguna lain.

Malah, seorang peminat turut mempersoalkan keaslian persembahan vokalnya dengan mendakwa Carey hanya menggerakkan bibir mengikut rakaman lagu.

Dalam perkembangan sama, beberapa video lain yang memperlihatkan Carey berjalan dengan langkah kecil dan agak kekok ketika keluar dari sebuah kenderaan turut tersebar luas di platform X.

Rakaman berkenaan sekali lagi mencetuskan persoalan mengenai perubahan pergerakan penyanyi itu yang dilihat berbeza berbanding penampilannya ketika berada di kemuncak kerjaya suatu ketika dahulu.

Carey setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kebimbangan peminat terhadap keadaan kesihatannya mahupun penampilannya ketika konsert berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement