Skip to main content

Selebriti

Gara-Gara Minyak Wangi Jenamanya Dijual Murah, David Beckham Fail Saman RM169 Juta

Gara-Gara Minyak Wangi Jenamanya Dijual Murah, David Beckham Fail Saman RM169 Juta

Sekilas

  • DB Ventures, syarikat milik David Beckham, memfailkan saman terhadap Coty kerana menjual minyak wangi Beckham di kedai diskaun dan stesen minyak, menjejaskan imej jenama mewah tersebut.
  • Saman menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya AS$41 juta atas dakwaan pelanggaran perjanjian pelesenan, manakala Coty memohon mahkamah membatalkan saman berkenaan.
  • David Beckham kini dikenali bukan sahaja sebagai ikon bola sepak tetapi juga usahawan berjaya dengan empayar perniagaan bernilai berbilion ringgit.
Advertisement

Pertikaian berhubung penjualan minyak wangi berjenama David Beckham mencetuskan kontroversi apabila produk yang dipasarkan sebagai barangan mewah itu didakwa dijual di kedai diskaun dan ruang jualan barangan murah di sebuah stesen minyak.

Syarikat komersial milik bekas bintang bola sepak itu, DB Ventures memfailkan saman terhadap kumpulan kecantikan dari Jerman, Coty yang bertanggungjawab menghasilkan dan mengedarkan rangkaian wangian serta produk penjagaan diri berjenama Beckham.

Advertisement

Antara produk terbabit ialah rangkaian Classic dan Instinct serta minyak wangi Intimately dan Exquisite Leather.

DB Ventures berhujah jenama global Beckham sinonim dengan kecemerlangan dan kehalusan manakala produknya mencerminkan kemewahan dalam kehidupan seharian.

“Bayangkan kejutan dan kekecewaan yang dialami apabila DB Ventures mendapati produk David Beckham dijual di sebuah stesen minyak.

Advertisement

“Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Akibat keterdesakan dan ketamakan,” menurut dokumen mahkamah berkenaan.


Peguam DB Ventures mendakwa produk berjenama Beckham turut dijual di ruang barangan murah sebuah stesen minyak dan rangkaian peruncit bajet Britain, Poundland.

Menurut mereka, keadaan itu menyebabkan produk berkenaan dijual pada harga serendah barangan kedai diskaun, sekali gus menjejaskan imej jenama Beckham yang dikaitkan dengan produk mewah.

Susulan itu, DB Ventures menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya AS$41 juta (RM169 juta) atas dakwaan pelanggaran perjanjian pelesenan.

Bagaimanapun, Coty memohon mahkamah membatalkan saman yang difailkan pada April lalu atas alasan mahkamah New York tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan.

Syarikat itu turut mendakwa DB Ventures menggunakan tuntutan berkenaan sebagai alasan untuk menamatkan perjanjian pelesenan lebih awal dan memindahkan kontrak Beckham kepada firma lain, Interparfums.

Coty menegaskan pihaknya menafikan dakwaan tersebut dan telah memohon supaya saman itu dibatalkan.

Sementara itu, syarikat induk DB Ventures, firma hiburan dan gaya hidup Amerika Syarikat (AS), Authentic Brands enggan mengulas mengenai perkara berkenaan.

Beckham yang pernah menyarung jersi beberapa kelab ternama termasuk Manchester United dan Real Madrid serta mengetuai pasukan kebangsaan England berjaya membina empayar perniagaan selepas menempa nama dalam arena bola sepak.

Antara penglibatan beliau dalam dunia perniagaan termasuk pemilikan bersama kelab bola sepak Inter Miami.

Pada tahun lalu, Beckham turut menerima gelaran kesatria daripada pemerintah Britain, Raja Charles III, sekali gus melayakkannya menggunakan gelaran Sir David.

Senarai individu terkaya Sunday Times yang diterbitkan awal tahun lalu menganggarkan kekayaan pasangan Beckham mencecah hampir 1.2 bilion pound (RM6.5 bilion).

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Away Jersey Men Blue JN2074

adidas Football Germany 26 Away Jersey Men Blue JN2074

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement