Skip to main content

Hiburan

Ditanya Netizen Isu Penyondol, Sheila Rusly Dedah Pernah Bagi Suami ‘Green Light’ - “Kalau Jumpa Wanita Lebih Baik, Saya Boleh Angkat Kaki Tapi…”

Sheila Rusly

Sekilas

  • Sheila Rusly berkongsi bahawa dia pernah berpesan kepada suaminya, Jinggo, untuk jujur jika bertemu wanita yang lebih baik daripadanya dan dia sedia berundur jika itu berlaku.
  • Pelakon telefilem Donut ini mengakui perkahwinannya yang sudah 30 tahun kekal utuh dan bersyukur suaminya masih setia bersamanya.
  • Netizen memuji Sheila atas kebijaksanaannya menjaga rumah tangga dan keterbukaannya dalam berkongsi kisah peribadi tersebut.

Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly menyorot perhatian apabila menjawab soalan netizen yang bertanyakan adakah rumah tangganya pernah diuji dengan kehadiran orang ketika sewaktu suaminya, Jinggo mula menjadi pengarah.

Menerusi Threads, Sheila tidak memberikan jawapan secara terperinci namun mendedahkan bahawa dia pernah berpesan kepada Jinggo untuk bersikap jujur sekiranya terjumpa wanita yang lebih baik berbandingnya.

Ujar pelakon telefilem Donut ini, dia bersedia ‘angkat kaki’ jika benar suaminya itu benar-benar menjumpai wanita yang lebih baik dari dirinya.

“Ada yang tanya, zaman Tok Sidang (panggilan suaminya), rancak mengarah dulu tak ada penyondol ke? Saya pernah berpesan, tahun 2003 drama arahan pertamanya cerita Enot.

“Kalau dia jumpa perempuan yang lebih baik daripada saya, teruskan. Beritahu saja saya boleh angkat kaki, tapi dia (Tok Sidang) jangan patah balik,” kongsinya.

Dalam masa sama, ibu kepada dua orang anak ini meluahkan rasa syukur apabila perkahwinannya selama 30 tahun bersama Jinggo kekal utuh sehingga ke hari ini.

“Sampai sekarang, Alhamdulillah masih ada dengan saya maknanya tak jumpa yang lebih baik la tu,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji Sheila yang pandai menjaga rumah tangganya itu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement