Skip to main content

Hiburan

Dituduh Tak Ada Duit, Nedim Nazri Berseloroh; “Nasib Baik Ada Girlfriend Nak Kat Saya Lagi”

Nedim Nazri

Sekilas

  • Nedim Nazri, teman lelaki Nadia Brian, menafikan dakwaan bahawa dia menghadapi masalah kewangan dengan berseloroh mengatakan Nadia yang membayar makanannya.
  • Nadia Brian membalas dengan positif bahawa berkongsi rezeki adalah sesuatu yang baik dan semua rezeki datang daripada Allah SWT.
  • Perkongsian mereka mendapat perhatian wargamaya dan pengarah Sheila Rusly turut bergurau menawarkan bantuan kewangan kepada Nedim.
Advertisement

Teman lelaki kepada aktres Nadia Brian iaitu Nedim Nazri mendedahkan terdapat pihak yang menuduh dirinya kini berdepan dengan masalah kewangan. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned dengan nada berseloroh berkata dia bersyukur mempunyai kekasihnya yang sanggup membayar duit makannya.

 

“Alamak! Ada orang duk kata saya dah tak ada duit! Kesian saya tapi nasib baik girlfriend saya nak kat saya lagi @nadia.brian! Sorry sayang you kena bayar makan I,” katanya. 

 

Membalas semula perkongsian itu, Nadia berkata dia tidak kisah untuk berkongsi memandangkan semua rezeki datang daripada Allah. 

 

“It’s okay baby. Sharing is caring. Rezeki semua dari Allah SWT,” balasnya. 

 

Rata-rata wargamaya turut terhibur dengan ayat Nedim yang dilihat sinis bagi membalas kata-kata negatif yang diterima. 

 

Malah, pengarah dan penerbit Sheila Rusly turut meninggalkan komen dengan nada bergurau mengatakan dia boleh menghantar wang kepada Nedim. 

 

“Really? Ohhh man… bro tak ada duit roger bagi QR sis transfer,” tulisnya dengan turut meletakkan emoji ketawa. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

Must Watch Video

Advertisement