Skip to main content

Hiburan

Dituduh Tidak Beradab Ketika Kendali Piala Dunia Bersama Irfan Bakti, Pengacara Perjelas Hanya Ikut SOP - “Kami Juga Dah Bertanya…”

Piala Dunia 2026

Sekilas

  • Iffah Hazim beri penjelasan selepas dikecam kerana tidak menggunakan gelaran ketika menyebut nama jurulatih Irfan Bakti dalam siaran Piala Dunia 2026.
  • Beliau menegaskan tindakan itu mengikut SOP dan sudah membuat persediaan serta bertanya kepada tetamu sebelum siaran.
  • Iffah memohon maaf jika ada yang kurang senang dan mendapat sokongan daripada bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mar.

Pengacara televisyen dan pembaca berita, Iffah Hazim tampil memberi penjelasan susulan kecaman yang diterimanya susulan hanya menyebut nama jurulatih, Irfan Bakti tanpa menggunakan gelaran ketika mengendalikan siaran Piala Dunia 2026, baru-baru ini.

Menerusi ciapan di Threads, Iffah memaklumkan bahawa ini merupakan kali kedua namanya menjadi bualan segelintir netizen yang mendakwa dia tidak beradab ketika mengendalikam program itu bersama orang yang lebih berusia.

Perjelas Iffah, dia hanya mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) dan sebagai seorang pengacara, dia sudah pun membuat persediaan mengenai latar belakang setiap tetamu setiap kali sebelum mereka bersiaran.

“Buat kali kedua, nama saya naik. Saya digelar tidak beradab dan tidak menghormati mereka yang lebih tua.

“Saya nak jelaskan di sini tugasan seorang pengacara pastinya untuk buat ‘homework’ sebelum siaran. Kami WAJIB untuk ambil tahu latar belakang tetamu kami di studio. Gelaran, usia, pencapaian dan segalanya.

“Tetapi dalam siaran, kami ada SOP yang perlu dituruti dan kami juga sudah bertanya dengan tetamu sebelum siaran,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Iffah turut memohon maaf jika tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penonton, namun berharap orang ramai memahami situasi sebenar di sebalik tugasan seorang pengacara.

“Apa-apa pun, saya mohon maaf andai ada yang tidak suka dan kurang selesa. Tapi saya harap sangat awak faham tentang perkara ini.

“Terima kasih atas segala komen yang membina. Insya-Allah kami akan sentiasa perbaiki dari semasa ke semasa,” katanya.

Ciapan yang dibuat Iffah itu kemudiannya mendapat perhatian bekas penjaga gol kebangsaan iaitu Khairul Fahmi Che Mar yang turut mempertahankan kenyataan pengacara tersebut.

“Ramai yg tak faham. Kadang-kadang ramai yang nak sembur je yang tak tahu apa-apa.

“Kalau saya, memang saya akan suruh host panggil saya Apek ja. Tak perlu nak formal sangat, haha,” tulisnya.

Terdahulu, nama Iffah menjadi perhatian apabila segelintir netizen melabelnya sebagai tidak beradab ketika mewawancara bersama jurulatih bola sepak, Irfan Bakti tanpa panggilan yang khusus.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement