Sekilas
- Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkongsi lima ciri suami yang berjuang untuk keharmonian rumah tangga, termasuk tidak mudah mengalah dan menjaga aib pasangan.
- Seorang suami yang berjuang akan lebih banyak berdiam untuk menjaga maruah isteri dan masa depan anak-anak, bukan kerana tiada hujah.
- Berdiam diri bukan tanda kalah, tetapi usaha menyelamatkan rumah tangga yang hampir runtuh, dan ia perlu dihargai sebagai perjuangan.
Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkongsi lima ciri-ciri seorang suami yang bersungguh memperjuangkan keharmonian rumah tangga.
Menerusi perkongsian di Threads, lelaki yang tidak mudah mengalah dan memilih untuk menyimpan aib pasangan antara ciri-ciri
“Air muka seorang suami yang betul-betul berjuang untuk keharmonian rumah tangganya, takkan pernah menipu. Ia terpancar dari raut wajah, ketegasan kata-kata dan peribadi yang teguh.
“Lelaki ini adalah: 1. Apabila diuji, dia tidak segera mengalah. Dia cuba memahami, bukan melawan. Dia bertanya apa yang kurang, bukan terus menuding jari apa yang salah.
“2. Dia lebih banyak berdiam bukan kerana dia tiada hujah, tetapi kerana dia memilih menjaga maruah isteri dan masa depan anak-anak.
“3. Dia belajar memisahkan ego dengan amanah. Boleh sahaja dia berkata, ‘Cukuplah tu.’ Tetapi amanah sebagai suami dan ayah membuatkan dia cuba fight pertahankan lagi.
“4. Dia tidak buka cerita simpati. Luka disimpan, air mata ditelannya sendiri. Kerana dia tahu, tidak semua kebenaran perlu dibuka luas-luas. Ada aib yang perlu di ikat kemas.
“5. Dan akhirnya, lelaki begini faham satu hakikat besar iaitu mempertahankan keluarga bukan jaminan segalanya akan kekal,” kongsinya.
Pada perkongsian lain, Dr Fadzilah turut memberitahu memilih untuk berdiam diri bukan bermaksud seseorang itu kalah sebaliknya individu tersebut sedang berusaha menyelamatkan rumah tangganya.
“Tetapi… semua itu akan dipersoalkan Allah tentang usahanya menyelamatkan masjid yang terbina indah. Anak cucu sekalian, tidak semua yang berdiam itu kalah.
“Ada yang sedang berperang dalam hati, demi sebuah keluarga yang hampir runtuh tetapi masih terus cuba untuk menyelamatkannya.
“Untuk kamu yang sedang berjuang dan memilih untuk berdiam, ambil ruang ini untuk reset semula hidup,” katanya lagi.
Sumber - Threads