Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menghadiahkan pelakon, Fattah Amin dan isterinya, Amira Othman pada hari pernikahan mereka.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Zulkifli Al-Bakri dilihat menghadiahkan Fattah dan Amira beberapa buah buku miliknya sebelum beransur pulang.
Advertisement
Video tular itu meraih perhatian netizen apabila rata-ratanya menyifatkan kehadiran ilmuwan agama itu menambahkan lagi keberkatan dalam majlis perkahwinan Fattah dan Amira.
Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sempat hadiahkan beberapa buku untuk Fattah & Amira.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat pasangan suami isteri itu sentiasa dikelilingi orang yang baik.
Malah netizen juga turut mendoakan agar perkahwinan yang dibina mereka kekal hingga ke syurga.
Terdahulu, Fattah dan Amira itu dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan disaksikan bapa pengantin perempuan pada 14 September lalu.
Pihak lelaki menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Amira juga menerima mas kahwin seutas gelang tangan emas.