Sekilas
- Usahawan dan personaliti media sosial Nur Sajat berkongsi kesedihan selepas berpisah dengan ibunya selepas dua minggu bersama.
- Sepanjang tempoh itu, mereka meluangkan masa bersama dengan pelbagai aktiviti dan kenangan manis yang sangat bermakna bagi Sajat.
- Sajat berharap dapat bertemu semula dengan ibunya dan bersyukur atas peluang menghabiskan masa bersama selepas enam tahun berjauhan.
Usahawan dan personaliti media sosial, Nur Sajat meluahkan rasa sedih apabila terpaksa berpisah sekali lagi dengan ibunya.
Menurut Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, selepas dua minggu meluangkan masa bersama, terlalu banyak kenangan yang tercipta dan akan disimpan dalam ingatannya.
“Bersama dengan ibu tersayang selama dua minggu ini, terlalu banyak kenangan yang Sajat hargai dan akan Sajat simpan dalam hati.
“Orang kata, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tapi bila sampai saat untuk berpisah dengan mak, baru Sajat betul-betul rasa betapa beratnya perasaan itu.
“Selama dua minggu ni, mak masak untuk Sajat, jaga Sajat, tengok sajat buat LIve, kita jalan-jalan bersama, pergi sana sini, naik kapal terbang sama-sama, makar bersama dan spend time bersama. Banyak sangat momen kecil yang sebenarnya sangat bermakna untuk Sajat.
“Rasa macam baru semalam mak sampai, tiba-tiba dah tiba masa untuk mak balik. Cepat sangat masa berlalu,” tulisnya di Instagram.
Menerusi hantaran itu, Sajat turut memuat naik video memaparkan dirinya yang berpelukan sebelum berpisah dengan ibunya.
Ujar Sajat, dia tidak dapat menahan sebak dan memaklumkan akan merindui ibu tercintanya itu.
“Masa nak berpisah tu, Sajat menangis. Mak pun menangis. Sedih sangat sebab selepas ini Sajat akan rindukan mak lagi.
“Sajat faham mak kena balik sebab ayah pun dah lama tunggu dan rindukan mak di kampung. Cucu-cucu pun mesti dah rindu nenek mereka,” katanya lagi.
Di akhir perkongsian, Sajat meluahkan rasa syukur dan berharap agar diberi peluang untuk berjumpa semula dengan ibunya satu hari nanti.
“Tak apa walaupun kita berjauhan, kasih sayang seorang anak kepada ibu tak pernah jauh.
“InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi. Semoga Allah panjangkan umur kita, berikan kesihatan yang baik dan izinkan Sajat untuk luangkan lebih banyak masa bersama mak lagi nanti.
“Terima kasih untuk dua minggu yang sangat indah, mak. Sajat akan rindu mak sangat-sangat,” tulisnya.
Terdahulu, Sajat meluahkan rasa syukur kerana dapat berjumpa dengan ibu tercintanya, Maimon Omar selepas enam tahun berjauhan.
Sumber: Threads