Sekilas
- Pelakon Jack Tan merasa teruja dan menganggap penyertaannya dalam Perbarisan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya sebagai detik paling bermakna dalam hidupnya.
- Jack berkongsi pengalaman menyentuh ketika melihat ribuan rakyat mengibarkan Jalur Gemilang dan memberikan sokongan dari atas kenderaan perarakan.
- Jack mengajak orang ramai menonton filem TERBANG yang akan ditayangkan di pawagam pada September, diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh.
Pelakon Jack Tan menyifatkan peluang menyertai Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya sebagai antara detik paling bermakna dalam hidupnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Jack berkata, pengalaman tersebut cukup istimewa memandangkan sejak kecil dia hanya menyaksikan sambutan berkenaan menerusi kaca televisyen.
“Kami dijemput menyertai perarakan sempena Hari Kebangsaan di Putrajaya. Saya rasa ini akan menjadi satu ‘milestone’ dalam hidup saya.
“Ini kali pertama dalam hidup saya menjadi sebahagian daripada perarakan ini. Waktu kecil saya tengok di televisyen, sekarang saya pula berada dalam perarakan tersebut. Memang sukar dipercayai,” katanya.
Menurut Jack, suasana ketika berada di atas kenderaan perarakan turut membuatkan dirinya tersentuh melihat ribuan rakyat mengibarkan Jalur Gemilang dan memberikan sokongan.
“Bila berada di atas kereta perarakan, kita boleh nampak semua orang mengibarkan bendera.
“Semua orang sayangkan negara ini, memberi sokongan dan hidup dalam harmoni serta ketenangan,” ujarnya.
Pada akhir perkongsian, Jack turut mengambil kesempatan mengajak orang ramai menyaksikan filem TERBANG di pawagam pada September ini.
TERBANG arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh.