Skip to main content

Hiburan

Dwi Ariana All Out Bersihkan Nama Bapa, Netizen Puji; - “Penting Pendidikan Pada Anak, Kalau Saya Jadi Aaron Pasti Bangga”

anak aaron

Tindakan anak kedua pelakon  Aaron Aziz, Dwi Ariana, yang tampil mempertahankan bapa tercinta susulan salah faham kenyataan aktor itu mengenai misi Global Sumud Flotilla (GSF), menerima pujian ramai warganet.

Menerusi beberapa hantaran di media sosial, Ariana menegaskan kenyataan yang dibuat Aaron sebelum ini tidak pernah ditujukan kepada mana-mana pihak, termasuk GSF. Sebaliknya, ia hanyalah pandangan umum yang telah disalah tafsir.

Advertisement

“Kenyataan dia (Aaron) sebelum ini tiada kaitan dengan Sumud Flotilla. Daripada terus memecah-belahkan masyarakat, lebih baik awak (pempengaruh) berkongsi pengisian yang lebih berfaedah.

“Bapa saya sudah lama berada dalam industri hiburan, takkan dia begitu bodoh untuk memberitahu orang ramai supaya tidak menyebarkan kesedaran?

“Bapa saya sentiasa menunjukkan sokongan kepada Gaza dan dia tidak perlu buktikan apa-apa di media sosial,” tulisnya.

hah

Selain itu, Ariana turut berkongsi tangkap layar mesej peribadi yang dihantar kepada pempengaruh yang didakwa memutarbelitkan kenyataan Aaron, meminta agar individu berkenaan menjawab mesejnya secara baik.

haha

Tindakan remaja itu turut dipuji warganet yang menyifatkan ia sebagai bukti didikan keluarga yang baik.

“Pentingnya pendidikan kepada anak-anak. Tengoklah anak Aaron Aziz, all out bersihkan nama ayah dia. Kalau saya jadi Aaron, saya akan sangat bangga,” komen seorang pengguna.

Terdahulu, Aaron menegaskan golongan selebriti atau pempengaruh tidak sepatutnya dipaksa bersuara mengenai isu Gaza hanya untuk memenuhi kehendak netizen. 

Jelasnya, tidak bersuara tidak bermakna seseorang itu tidak menyokong perjuangan Palestin kerana mungkin ada yang memilih untuk menyalurkan bantuan secara senyap.

Namun, kenyataan tersebut menimbulkan salah faham apabila seorang pempengaruh menyelar Aaron dengan mendakwa pelakon itu memperlekehkan usaha aktivis GSF, hingga ada yang menggesa supaya aktor itu diboikot.

Must-Watch Video

Advertisement