Skip to main content

Kesihatan/Kesejahteraan

Enam Tahun Jadi Duta, Pengasas Produk Kesihatan Terkenal Puji Pak Nil! - "Beliau Sentiasa Konsisten & Dekat Dengan Masyarakat"

paknil_eskayvie

Sekilas

  • Datuk Aznil Nawawi kini memasuki tahun keenam sebagai duta rasmi Eskayvie, memperkukuh hubungan yang berasaskan ukhuwah dan kepercayaan dalam mempromosikan kesedaran kesihatan.
  • Eskayvie menekankan misi membina ekosistem kesihatan berasaskan ilmu dan sains, dengan kempen Booster Minda yang fokus pada pembangunan potensi anak-anak secara nasional.
  • Majlis Eskayvie Grand Annual Dinner 2026 turut memperkenalkan penambahbaikan produk Mindtropic dan maskot OWI, serta menyampaikan hadiah utama Honda City kepada pemenang kempen cabutan bertuah.

Keperibadian Datuk Aznil Nawawi yang sentiasa dekat di hati masyarakat terus menjadi antara kekuatan utama jenama Eskayvie apabila beliau kini memasuki tahun keenam sebagai duta rasmi jenama kesihatan itu.

Hubungan yang terjalin bukan sekadar kolaborasi komersial, sebaliknya berkembang sebagai satu bentuk ukhuwah dan kepercayaan bersama dalam memperjuangkan kesedaran kesihatan berteraskan ilmu, sains dan nilai kemanusiaan.

Komitmen berterusan itu diraikan dalam Eskayvie Grand Annual Dinner 2026 yang berlangsung penuh eksklusif di Hotel Mandarin Oriental pada 24 Januari lalu, menghimpunkan lebih 400 warga kerja, Usahawan Eskayvie Nexus serta rakan strategik.

Majlis berprestij itu turut menjadi simbol kesinambungan perjalanan Eskayvie bersama Pak Nil, seorang figura yang sinonim dengan kredibiliti, integriti dan pengaruh positif dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie merangkap Doktor Perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri menyifatkan kerjasama bersama Datuk Aznil sebagai satu nilai tambah besar kepada misi jenama tersebut.

“Alhamdulillah, sudah memasuki tahun keenam kami bersama Pak Nil. Sejak awal, beliau sentiasa memberi sokongan yang konsisten dan dekat dengan masyarakat. Hubungan ini bukan sekadar kerjasama, tetapi satu ukhuwah yang kami harap akan terus kekal positif dan berkembang,” katanya.

Menurut Dr Syid, Eskayvie hari ini tidak lagi berdiri sebagai jenama semata-mata, sebaliknya berfungsi sebagai ekosistem kesihatan yang bertanggungjawab dalam mendepani cabaran dunia moden.

“Dalam realiti hari ini, masyarakat berdepan peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, pencemaran alam sekitar, mikroplastik, virus baharu serta pengambilan makanan ultra-proses.

“Kesedaran gaya hidup sihat sahaja tidak mencukupi tanpa sokongan yang selamat, berkesan dan boleh dipercayai,” jelasnya.

Tambah beliau, Eskayvie dibangunkan berteraskan ilmu, kajian dan integriti profesional yang kukuh.

“Eskayvie bukan sekadar jenama. Kami adalah pasukan profesional yang terdiri daripada doktor, pakar nutrisi dan diet yang komited dalam mendidik masyarakat serta membangunkan formulasi produk kesihatan dan kecantikan berlandaskan sains.

“Misi kami jelas, membantu lebih ramai individu mencapai tahap kesihatan yang optimum dan berdaya tahan untuk masa depan,” katanya.

Majlis tersebut mengangkat tema The Journey Continues: From Purpose to Impact, mencerminkan hala tuju Eskayvie bagi tahun 2026 yang menekankan kejelasan mesej, konsistensi pelaksanaan serta hubungan lebih bermakna dengan masyarakat.

Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed menegaskan bahawa usaha membina masa depan masyarakat bermula dengan pembangunan potensi anak-anak.

“Kempen Booster Minda: Serlahkan Potensi Anak Anda bukan sekadar kesinambungan perjalanan jenama, tetapi pendalaman mesej dan penegasan pendirian Eskayvie.

“Mesej kami jelas, setiap anak dilahirkan dengan potensi dan tugas kitalah untuk menyuburkannya setiap hari,” katanya.

Tambah Dr Kartika, kempen itu membawa tanggungjawab bersama melibatkan ibu bapa, masyarakat dan organisasi.

“Ia berintikan tanggungjawab bersama selain peranan ibu bapa dalam membina asas perkembangan anak, termasuklah tanggungjawab masyarakat dalam menyediakan sokongan yang tepat.

“Seterusnya tanggungjawab Eskayvie sebagai organisasi yang memilih untuk bertindak dan memberi impak,” katanya.

Sebagai strategi utama 2026, kempen tersebut akan diperluaskan secara nasional melalui rangkaian Eskayvie Nexus yang melibatkan lebih 130,103 usahawan di seluruh negara, sekali gus membolehkan mesej disampaikan secara lebih dekat, empatik dan berterusan.

Dalam usaha memperkukuh impak kempen, Eskayvie turut memperkenalkan penambahbaikan formulasi serta pembungkusan baharu bagi produk teras Mindtropic dan Mindtropic Junior.

“Kedua-dua produk ini turut dilengkapi dengan ciri pengesahan produk sebagai langkah memastikan ketulenan, keselamatan dan kualiti melalui saluran rasmi Eskayvie.

“Jenama kami turut memperkenalkan OWI, maskot rasmi kempen yang berfungsi sebagai simbol potensi anak-anak serta medium komunikasi yang lebih mesra untuk menyampaikan mesej nutrisi dan perkembangan minda kepada kanak-kanak dan ibu bapa.

“OWI bukan sekadar maskot. Ia adalah simbol kepada potensi yang sedang menunggu untuk diserlahkan dengan sokongan yang betul, pada masa yang tepat,” katanya.

Majlis sama turut menyaksikan penyampaian Hadiah Utama Honda City 1.5V kepada pemenang Kempen Cabutan Bertuah Eskayvie 2025 sebagai penghargaan kepada sokongan berterusan pengguna.

Kempen yang berlangsung dari Februari 2024 hingga Disember 2025 itu mencatatkan lebih 350,000 penyertaan, dengan nilai keseluruhan hadiah melebihi RM300,000.

Must-Watch Video

Advertisement