Skip to main content

Hiburan

Ernie Zakri Mohon Doa Orang Ramai Agar Lebih Semangat Untuk Berkarya Tahun Ini - “Banyak Sebenarnya Nak Update…”

Astro Gempak 151

Sekilas

  • Ernie Zakri memohon doa agar diberikan kekuatan dan semangat untuk terus berkarya sepanjang tahun ini.
  • Dia memilih untuk berdiam diri mengenai perkembangan terkini sehingga ada pengesahan rasmi.
  • Ernie berterima kasih kepada peminat yang masih mengambil berat walaupun dia jarang berkongsi di media sosial.
Advertisement

Penyanyi, Ernie Zakri memohon doa orang ramai agar diberikan kekuatan serta semangat untuk terus berkarya sepanjang tahun ini.

Menerusi satu perkongsian dalam Threads, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri mengakui banyak perkara ingin dikongsikan, namun memilih untuk berdiam diri selagi belum ada sebarang pengesahan rasmi.

Advertisement

“Banyak sebenarnya nak update (kemas kini)… tapi selagi belum sah, saya memang tak akan selalu dedahkan apa-apa.

“Doakan saya, agar tahun ini lebih bersemangat mahu berkarya, dan tak patah semangat untuk terus melakukan apa yang saya cintai… amin. Terima kasih sebab terus bersama saya,” tulisnya.

bdbd

Pelantun lagu Ku Bersuara itu turut mengakui tersentuh apabila masih ada peminat yang mengambil berat tentang dirinya meskipun dia jarang berkongsi perkembangan dalam media sosial.

Advertisement

“Walaupun kadang-kadang saya tak kemas kini apa-apa di media sosial, ada juga yang masih bertanya khabar… rasa sayu pula, hehe.

“Terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan memilih untuk terus kekal bersama. Saya sayang kalian semua,” coretnya lagi.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Must Watch Video

Advertisement