Skip to main content

Selebriti

Eyka Farhana Dah Terjebak ‘Sindrom Mak-Mak’, Galeri Kini Penuh Wajah Anak - “Kalau Boleh Semua Nak Ambil Gambar Baby”

Eyka Farhana gambar anak

Sekilas

  • Eyka Farhana kini lebih kerap merakam gambar dan video anaknya, Muhammad Luay, kerana menghargai setiap detik bersama sebagai ibu baru.
  • Dia berkongsi pesanan ibunya yang menasihati supaya mengambil sebanyak mungkin gambar dan video kerana masa cepat berlalu.
  • Eyka berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki pada Mei lalu.

Pelakon, Eyka Farhana mengakui selepas bergelar ibu, dia kini lebih banyak merakamkan detik indah bersama anaknya, Muhammad Luay Khayr Muhammad Akhyar.

Menerusi hantaran di platform Threads, Eyka mendedahkan galeri telefonnya kini hampir dipenuhi dengan gambar dan video anaknya itu.

Menurut Eyka, sebagai seorang ibu, setiap momen bersama anaknya dianggap terlalu berharga untuk dilepaskan, lehih-lebih lagi pada fasa awal tumbesaran yang berlalu dengan begitu pantas.

“Nowadays my photos gallery penuh gambar baby je, Kalau boleh semua lah nak ambik gambar sampai penuh sangat dah gallery muka baby,” coretnya.


Dalam hantaran yang sama, Eyka turut berkongsi pesanan ibunya yang sentiasa mengingatkan agar setiap detik bersama anak perlu dirakam sebanyak mungkin sebagai kenangan, kerana masa akan berlalu tanpa disedari.

“Sebab my mom said, take as many photos and videos as you can, because time flies. One day you’ll look back and wonder where the time went.

“So yes, I capture every little moment of you, Luay, because I never want to forget these precious days,” tulisnya.

Untuk info, Eyka mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, pada 2 Mei 2025.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki pada Mei lalu.

Anda mungkin berminat dengan

BZU BZU VelvetBreeze Baby Diapers Pants Carton Deals (4 Packs)

BZU BZU VelvetBreeze Baby Diapers Pants Carton Deals (4 Packs)

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement