Skip to main content

Hiburan

Eyka Farhana Kongsi Pengalaman Suami Mengidam & Alami Alahan - “Dia Nak Makan Buah Plum Dekat Pokok…”

ASTROGEMPAK Eyka Farhana

Sekilas

  • Eyka Farhana berkongsi pengalaman mengidam durian pada awal kehamilan, manakala suaminya, Akhyar Rashid, pula lebih kerap mengidam buah plum dan jagung bakar.
  • Suami Eyka mengalami alahan sehingga menyebabkan Eyka membuat ujian kehamilan dan mendapati dirinya hamil.
  • Eyka mengakui ada hari dia terpaksa tidak berpuasa kerana keadaan kesihatan, namun tetap cuba berpuasa mengikut nasihat doktor.

Sudah memasuki trimester ketiga, pelakon Eyka Farhana berkongsi pengalaman dia pernah mengidam makan durian ketika di awal kehamilan. 

 

Bagaimanapun Eyka memberitahu suaminya iaitu pemain sayap pasukan, Akhyar Rashid lebih mengalami fasa mengidam. 

 

“Masa awal-awal kehamilan, saya ada mengidam pukul 3 pagi, saya mengidam sangat makan durian. Saya order grab dan makan satu ulas saja. 

 

“Lepas itu dah tak nak. Alhamdulillah, itu saja… tak ada mengidam apa-apa. Suami saya lebih mengidam daripada saya. Macam ada satu masa, dia mengidam buah plum. 

 

“Buah plum jeruk tapi dia nak makan dekat pokok dekat tempat training. Jadi, dia panjat,” katanya kepada Gempak. 

 

Eyka ditemui ketika sesi rakaman program Bombastika Raya 2026 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

Dalam pada itu, Eyka memberitahu suaminya juga mengalami alahan sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk melakukan ujian kehamilan.  

 

“Salah satu saya nak cuba ujian kehamilan sebab masa itu saya travel banyak dan tak perasan saya tengah hamil waktu itu, sampai satu tahap suami saya sentiasa muntah-muntah. 

 

“Waktu dia tengah training pun dia rasa mual, lepas itu dia muntah, nak mengidam makan jagung bakar yang saya tak pernah dengar dan tak pernah tahu dia suka.

 

“Bila dia ada macam ada simptom macam itu orang hamil itu, itu yang buat saya cuba dan rupa-rupanya memang saya hamil,” ujarnya,. 

 

Dalam pada itu, Eyka mengakui ada hari dia terpaksa tidak berpuasa kerana keadaan dirinya tidak mengizinkan. 

 

“Puasa ini agak mencabar… saya memang cuba banyak kali tapi saya rasa lebih baik saya ikut nasihat doktor saya juga. Kalau tak larat, saya tak berpuasa. 

 

“Tapi saya memang akan cuba. Ada setengah hari saya larat, ada juga memang tak larat. 

Anda mungkin berminat dengan

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Suu Balm Rapid Itch Relief Spray Moisturiser 40ml/100ml (EXP: 08/2027)

Suu Balm Rapid Itch Relief Spray Moisturiser 40ml/100ml (EXP: 08/2027)

Must Watch Video

Advertisement